GOOGLE Adsense

Wednesday, June 3, 2020

Resepi Biskut Semperit Klasik (sukatan cawan)



Alhamdulillah, tahun ni ciknaa jumpe resepi yang paling dicari. Lama sangat nak rasa klasik sebegini, tQ mami anis share haritu. ciknaa share ye, tahun depan nak buat dah ada dalam blog ni.

Bahan :

3 cawan planta/marjerin
1 setengah cawan gula icing
2 biji kuning telur
1 sb esen vanila

Mix sampai sebati. tak perlu terlalu kembang, ciknaa pakai mixer kejap je.

Kemudian tambah:

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard

Gaul sampai sebati, dan boleh la tekap doh menjadi bentuk bunga, letak ceri/coklat chip.
Bakar suhu 175 (oven ciknaa) selama 20 minit.


Selamat mencuba~!



Monday, October 7, 2019

Kelahiran adik baby RM




Assalamualaikum..


Ya Allah setahun dah ciknaa tak update ape-ape dalam blog ni. Alhamdulillah, ciknaa dah selamat lahirkan baby RM. dah 4 bulan dah pun budak kecik tu. harini baru sempat nak cerita sikit pasal kelahiran dia macam ciknaa buat pada abang kakak dia dulu..

Sebenarnya kelahiran dia memang tak diduga langsung. EDD dia selepas raya sepatutnya. Tapi ditakdirkan Allah dia nak lahir awal. hampir 6 minggu awal dari tarikh jangka. Takpe, kami terima seadanya..


26.5.2019 (20 ramadhan : 34w)


3.30 pagi.

Mama tengah tido.
Tiba²  ciknaa rasa macam basah kain.
Bila bangun dari katil air mengalir semakin banyak. Sah ni bukan air kencing.
Bangun dan kejut suami..
Masa tu la baru sibuk cari kain batik nak bawak sepital 😂
Dalam perjalanan nak pergi hospital, suami sibuk tanya. 

Nak bersalin kat mana ni? Hospital UIA ke?
Memang tak la bang oii.. Doctor UIA dah remind awal-awal kalau sebelum 36 minggu, terus ke hospital besar kuantan.. UIA tak terima kelahiran pramatang..

4.30 pagi 
Sampai HTAA dan ini adalah kali pertama ciknaa bersalin di GH.
Doktor dan 2 orang doktor pelatih guna mulut itik nak check details..Masa tula doktor kata dah nampak rambut baby..Allahuakhbar..  Sakit takde langsung..Doktor sempat scan sebab prem.dan baby masa tu lebih kurang 2.3kg aje.. tapi doktor pegang perut dia kata baby besar..


5.00 pagi
Doctor inject dexa (matangkan paru² baby) sebab kalau lahir skrg dia tak cukup bulan maksudnya prem. Tapi kena tunggu 12 jam baru inject kali kedua. Tapi tak sempat dah..baby nak keluar lagi beberapa jam..

5.15 pagi
Naik ambulans pegi ke labour room. Ini kelakor..serius ciknaa tak tau sebenarnya tempat yang ciknaa check tadi tu bukan labour room sebenar. Situ adalah tempat bersalin risiko rendah. Kalau dah prem terang-terang berisiko.. jadinya kena naik LR tingkat 1 sana.. nak pergi tak boleh pergi sendiri sebab dah ada bukaan jalan..terpaksa jugak la naik ambulans..
Sampai je kat labour room, doctor kata dah 7 cm. Memang kepala baby dah ke bawah.
Incubator pun dah ready sebab tau dia prem..

6.00 pagi
Contraction start rasa time ni..
Doa Allah dimakbulkan sebab mama nak sangat rasa natural contraction sebab rania razin dedua induce dulu. Sakit dia memang sakit. Tapi sakit yg boleh control lagi. Tak sesakit induce. Layan sakit sorang2.


1st time beranak goverment. So dah set my mind semua kena berdikari Takde suami pun masa ni.. Tekan jela besi katil tu kuat-kuat bila contraction datang..phew!! 
Pukul 7.00 pagi
Sakit makin kuat. Rasa macam nak push tapi blur. Kahkah! Maklom la 6 tahun dah tak masuk labour room.. Nurse tanya nak push ke? Dengan konpiden kata tak 😂

7.10 pagi
Nurse tengok muka lain macam..Memang pun.Ciknaa rasa sakit, tapi lega bila try meneran. Memang tak perasan langsung yg time tu dah nak push sebenarnya..Nurse tengok jalan. 'Laaa kepala baby dah nampak dik. Awak diam je?' Haha..sorry nurse!

7.15 pagi
Nurse panggil papa. (itu pun sebab ciknaa yang tanya.suami tak boleh masuk ke nurse) boleh dorang lupa..adoii la..dan aksi meneran berlaku.. Tak susah mana lahirkan ThirdRM ni..mungkin dia paling kecik antara abang kakak dia.. 2 kali push kepala keluar.
Nurse suruh stop kejap tali pusat terbelit.. pulak! 
Push kali ke 3 dan ke 4 keluar seketul baby.
Itulah ThirdRM mama tepat pukul 7.23 pagi. 
2.91kg

Nurse tunjuk jantina. Terus hantar pegi NICU sebab nafas dia laju. Mama langsung tak dapat tengok muka dia. Pegang apetah lagi. Dugaan betul masa ni. Tapi segalanya dah selamat. Alhamdulillah..
Seminggu Rafiq Mukhlis dalam NICU..kuning dia tinggi dan dia ada masalah bila berat dia turun banyak sampai 400g dalam beberapa hari..nanti ciknaa cerita kemudian bila ada mood.. 😅



Wednesday, September 19, 2018

Pengalaman Bawa Anak-Anak ke Farm In The City



Last week, ciknaa sempat bawak #doubleRM ke FARM IN THE CITY, Seri Kembangan. Dah lama jugak berhajat nak bawak budak-budak ni pergi sini sebab ramai kata kat sini boleh sentuh dan boleh bagi makan haiwan makan. Dengar macam menarik kan? Berbeza dengan konsep zoo yang biasa dorang pegi tu. Sini lain dari yang lain.


Sebelum tu ciknaa share dulu HARGA TIKET untuk masuk ke Farm In The City ni.


Harga Tiket FARM IN THE CITY 2018

Normal Price (tanpa MYkad) : 

Dewasa : RM 55.00
Warga Emas : RM45.00
Kanak-Kanak : RM45

Harga Tiket (dengan Mykad) :

Dewasa : RM37.00
Warga Emas : RM30.00
Kanak-Kanak : RM30.00


Atau korang boleh jugak ambik pakej family macam dalam gambar atas ni. RM125.00 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak.  Lagi jimat dan berbaloi.


 Lot 40187 - 40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
 Bandar Putra Permai,
 Seri Kembangan,
 43300 Selangor Darul Ehsan.

Atau nak senang waze jelah FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN. inshaaAllah sampai dengan selamat..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

apa apa pun bagi can dulu mak anak 2 nak bergambor 😂

Masuk je FITC ni binatang pertama yang akan jumpe dulu adalah kura-kura. Dari sekecil baby kura-kura sampai lah ke pangkat atok kura-kura. Dorang letak kura-kura ni kat lantai camtu je. Dan akan ada staff yang tunggu untuk bagi sayur. Kita pegi je mintak, dia bagi free tak payah bayar. Merasa la razin & rania bagi kura-kura makan.. Berape ramai orang bagi makan pun kura-kura ni tetap jugak makan.. Taktau kenyang eh?






tu baru kura-kura. Ada banyak lagi binantang lain dalam FITC ni.




ada ayam






dua ketul ni kalau boleh semua haiwan yang ada dorang nak pegang..

Dekat sini ada kolam ikan yang luas. Boleh beli sendiri makanan ikan dekat self machine yang disediakan.. RM2 ringgit untuk sekotak makanan ikan. Seronok sangat anak-anak bila dapat peluang macam ni kan..















Kebetulan hari yang ciknaa datang ni public holiday.  Ramainya umat manusia.  Bersesak-sesak dengan anak² semua.  Tapi anak ciknaa still enjoy!


Selain dari tu kat FITC ni jugak ada 'longkang fishing' tau.. Longkang yang bersih dan memang diletakkan ikan dalam tu. Anak-anak boleh cuba tangkap ikan kat dalam longkang tu.Tapi yang geramnya mak mak ni stress sebab nampak macam senang tapi tak dapat nak tangkap anak ikan tu. Rania & Razin sampai ke sudah tak dapat nak tangkap ikan..


betapa gigihnya anak-anak nak dapatkan ikan.. tapi tak dapat.. mak jugak yang stress tengok.


nampak tak ramai tak ramai orang? fuhhhhh semangat..





siap berkenalan lagi anak bujang mama ni haa 😍






dekat dalam FITC ada pangkin camni.Boleh la rehat sekejap.. 


Sebelum balik, boleh singgah dekat souvenir shop.Bebudak ni pau mama beli jajan aje. Yang lain mama tak layan..
 😂

tengoklah mintak pony lagi tuuuu..



Bebudak seronok kat sini sebab kebanyakan bintang boleh disentuh dari dekat. Boleh bagi makan lagi. Walaupun tempat tak besar mana, tapi berbaloi.. Tak penat berjalan. Sebotol air mineral kecik pun tak sempat abis.. Dan tempat ni tak terlalu panas sebab banyak pokok. Cuma kalini pergi time peak season, hari cuti umum pulak tu agak padat dalam tu but its ok for me & anak²..


InshaaAllah ada rezeki kite repeat lagi FARM IN THE CITY yer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016