GOOGLE Adsense

Monday, July 13, 2015

Buat Kuih Raya dengan budget RM30 sahaja

Ciknaa sebenarnya dah lama tak buat kuih raya.. Kalau zaman remaja dulu, biskut ni memang mak akan serahkan sepenuhnya pada ciknaa..buat dengan kawan baik.. tapi tu semua dulu..masa belum kawen..sekarang dah beranak dua, alamak aihh..malas di peringkat tertinggi..wuwuwuwu..

 Tahun lepas asben ada belikan ciknaa oven..So, raya kali ni ciknaa niat nak buat..tapi kuih yang paling simple & kos yang murah je.. bukan kedekut, tapi raya bukan sehari je.. ada 48 hari lagi nak tunggu gaji noks.. huhu..

Weekend lepas ciknaa beli barang.. Ambik yang betul-betul nak buat je.. Semua sekali tak sampai RM30.. dapat 2 jenis biskut.. Conflakes madu & Semperit susu.. senang & tak leceh nak buat.. 




bahan-bahan :

sepaket conflakes
setengah cawan madu * ciknaa pakai madu tualang ori-tak beli*
250 gram buttercup
2 sudu gula
chocolate rice untuk hiasan

Biskut conflakes madu ni ciknaa cuma masak je dalam kuali..lepas tu sesi masukkan dalam cup, tabur chocolate rice sampai bakar semua nya encek sepul dengan anak teruna beliau razin mikhaill tuh..tengok la, kemain fokus menabur kaler-kaler katanya..


Petang tu ciknaa buat biskut semperit susu.. ini pun resepi mudah kat group resepi ringkas FB.


Bahan-bahan :

200 gram buttercup
350 gram tepung jagung
setengah cawan susu pekat manis



ni jela rupa biskut yang mampu ciknaa buat.. tak semenggah, bentuk pun tak cantik..tapi cair dimulut..haaa gittuu.. 2 jenis biskut ni ciknaa buat dapat 2 bekas besar..alhamdulillah.. masih dibawah budget.. cuma RM30 sahaja.. pastu beli kerepek sikit-sikit dengan officemate..jadilah.. raya memang sebulan..tapi gaji lambat lagi weiii..ada kang, lepas raya dok makan biskut je sampai gaji.. ngeeee..

5 comments:

  1. wahh.. rm30 utk 2 jenis dah murah sgt tu cikna.. Cikna.. kuih semperit susu tu sama ke ngan kuih dahlia?? tengok sama je lebih kurang bentuk dan bahannya.. dilah pun ada niat nak wat sendiri gak tp x cukup gigih ngan nak layan kerenah anak2 ku tu.. haha.. dpt wat popia nestum jekkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuk sama tapi biskut dahlia bahan dia lain sikit kot dilah..

      Delete
  2. hehe kan.. berjimat apa patut.. raya berpada je tahun ni :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...elok sgt tu ciknaa...tak perlu kita berlebih sgt nak beraya ni...semoga berkat lah kehidupan kita ni.

    ReplyDelete
  4. rajin sangat ciknaa....ku lama tak buat kuih raya sebabnya pakcik suami tu selalu tiap2 tahun beli kuih raya byk2 dari johor sedap2 belaka...ku tukang makan aje masukkan dalam balang hehhehe

    ReplyDelete

tQ for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016