bersambung dari entry semalam AKTIVITI SUKANEKA PART 1 ada 2 lagi games untuk anak-anak. yang bestnya games ni untuk anak bawah 2 tahun.. Afiq & Rania tak termasuk dalam games ni. huhu.
4. Mokcun Lesen L / P
Ciknaa tak tau la kenapa nama mokcun dalam games ni. Tapi anak-anak perlu berlari @ merangkak ke arah mak masing-masing. Lesen L tu untuk baby yang belum pandai jalan. Lesen P pulak bawah 2 tahun ofkos dah pandai berjalan/berlari.
Lesen L
hahaha.. memang kelakar.nak-nak si ammara tu. siap landing nak tido gamaknya.. aduhai anak-anak!
Lesen P
safir ni memang tersengeh sepanjang larian tu..comey! |
5. Jiwa Kental
Games ni pun untuk anak-anak bawah 1 tahun. Duduk ramai-ramai atas tikar, then asben rara pakai topeng. Pastu usik-usik bebudak ni. Memula takde orang pun takut.. Lepas tu lan makin dekat, tenung sorang-sorang start nak nangis.. ok nangis atau tinggalkan tikar tu dikira kalah lah..
inilah dia pengacau sebenar..huhu. |
inilah dia pemenang jiwa kental kita! haipppp adree! |
========================================================================
Games Suami Isteri
Permaidani Ajaib
Games ni tak silap ciknaa idea dari Erina. Ciknaa dengan asben tak join pun games ni sebab RM dah start tunjuk perangai.. Jadinya ciknaa jadi pemerhati jelah games ni. Comel gila tau sebab pasangan kena duduk atas 1 kertas yang dinamakan permaidani ajaib. Mula-mula ok lah..semua lambat je nak kalah, lepas tu round ke 2, kertas yang kecik tu dilipat 2. cer bayangkan macamana keadaannya? hahaha..
Pemenangnya tak lain tak bukan..aksi rare sangat tau! haha |
========================================================================
Games Superdad
Suamiku Pocong
Games suamiku pocong ni idea ciknaa.. Ntah macamana boleh dapat idea ni pun taktau. Yang pasti memang best gile! Tak sangka bapak-bapak ni semua lari laju walaupun kaki dorang kena ikat.. memang superdad lah!
lompat! lompat! hahaha |
macam-macam rupa ada! |
pemenang tempat pertama..aidil. dialah pocong paling laju setakat ini..ehehe. |
Papa RM tak berjaya game ni. Balik aritu dia cakap, alah lari kedepan ape challenge nya..cer ikat kaki lari lompat ke belakang..baru syok! eleh awak dah kalah bang, toksah cakap banyak hahaha..
===============================================================
Games Supermom
Games mak-mak asalnya ada 1 je. Tapi ntah macamana 1 lagi games bapak-bapak tu ditukarkan jadi games mak.
1. Kotak Beracun
Games ni wajib setiap tahun. Tahun lepas ciknaa tak kena. Tapi macam rugi lah sebab tak menang hadiah kan.. Ingatkan tahun nak dapat. Memang dapat, sebab last sekali memang ciknaa yang kena. Phew!
Orang suruh cakap i love u je. Daku terlebih mithali, siap salam & cium tangan laki weh baru cakap i love u. pakej plak cium pipi suami..wakakaka! lepas tu air mata pun mengalir.cuma pakai spek orang tak perasan..huhu. Mekasih rara, buat games ni. adoii la.
2. Tiup & Pecahkan Belon
Kacang je game 1 ni.. Ala apa yang susah, tiup, pastu ikat, dudukkan. Pecahlah nanti belon tu.. Tapi ko tau, masa ciknaa baru nak ikat belon, dah ramai yang pecah belonnya. Ciskek betul! korang tiup pakai mulut ke mesin.. hahaha..
nak tiup belon pun sempat ambik gambar lagi..pantang tengok camera! huhu.
bersungguh muka aznor nak ikat..kahkahkah.. |
![]() |
tahniah pemenang :) |
Alhamdulillah, tahun ni ciknaa dapat banyak jugak hadiah..Goodies jangan cakapla memang banyak!
![]() |
kesemua barang bawak balik dari morib.. banyak! |
hadiah tukar-tukar, ciknaa dapat mimie punya..besar~! mekasih byk mimie.. |
semoga tahun depan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dapat kita buat lagi family day untuk 2017! tapi takmo 1 malam..tak puas.. hehe.
Lagi baca lagi jeles..okbye
ReplyDeleteSporting semua laki bini..baru best gini..cayalah
ReplyDeleteHahahaah sempat lagi epul ckp x best ye. Padahal die kalah tu hahaaha
ReplyDeleteKuangasam ciknaa..bersungguh nk ikat tau!
ReplyDeleteTahniah ciknaa. Best nya bila aktiviti melibatkan dari anak smp mak bapak. Thums up.
ReplyDeletemeriah nyaaa semua sporting ye =)
ReplyDeletebesntnya... smua sporting...
ReplyDeletemak aihh yg kena main dukung dukung tu. seram kalau tergolek T-T seronok kan buat family day ni , berkumpul reramai sesekali
ReplyDelete