Musim durian kan sekarang ni. Ciknaa bukanlah peminat tegar durian..makan setakat 2-3 ulas tu cukup dah.. pastu tak suka yang pahit-pahit, nak yang manis aje.. hoho. Bila ada durian yang pahit, tak abis makan ciknaa bekukan..sayang pulak nak buang.. So weekend lepas ada la masa sikit nak buat pulut durian..sebab teringin sangat nak makan.. Sanggup call mak semata-mata nak tanya macamana cara nak masak serawa durian tu.
Resepi Kuah @ Serawa Durian
8-10 ulas durian
Sepaket santan segar
Gula Melaka
Gula pasir
- Campur semua dan masak.. gula melaka tu ciknaa memang ada stock yang dah dicairkan. so senang kerja.. tuang je pastu tunggu mendidih.. sejukkan sebelum hidang
Pulut
-Ciknaa masak sikit je secawan setengah pulut. Mintak resepi dengan kakrin sebab nak pulut lembik-lembik sikit, dia kata sukat macam masak nasi tapi lebihkan air.. alhamdulillah jadi! mekasih kakrin.. :)
Makan ni je memang nikmat sangat-sangat..terus teringat mak. mak buat lagi sedap!
No comments:
Post a Comment
tQ for your comment