Hai.. dah lama ciknaa tak update pasal deco rumah baru tu. eh dah duduk sebulan dah, kira baru lagi ke ek.. :P Untuk dapur, kitorang dah pasang table top konkrit.. boleh baca entry ni rumahku syurgaku. berhajat besar nak pasang kitchen kabinet. Tapi masih belum cukup bajet lagi. Ciknaa cari jugak idea dekat google cara tutup bawah dapur tu tapi tak jumpa yang memenuhi citarasa. Sampai la terjumpe 1 gambar dekat group deco. then ciknaa cari sendiri barang sebab tak jumpe details pun cuma gambar semata-mata.
ni la dia rupa bila di upgrade dengan barang MR.DIY |
ok meh ciknaa cerita details macamana nak pasang kain ni. Sebab dekat facebook ramai sangat yang tanya. then baru lah ciknaa tau ramai yang ada table top tak berpintu macam iols..hihi. takpe takpe.. kite share ye..
pegi beli shower @ bathroom curtain macam dalam gambar ni |
ok, ciknaa beli kain ni dekat mr.diy kuantan. bukan semua diy ada tau.. so far ciknaa pegi ada. dekat kampung mr.diy jerantut pun ada. boleh beli online pun sebenarnya.ciknaa ada nampak dekat lazada. tapi kualiti dan saiz tak pasti. yang ciknaa beli ni RM17.90 je. ada banyak harga RM5 pun ada. tapi biasa la kualiti dan corak beza la kan..
langsir ni jenis memanjang tau. yela bilik air punya kan, ciknaa gunting jadi 2 bahagian. ikut saiz table top.so sekeping curtain ngam-ngam je dapat untuk dapur tu.
Lepas tu kena ada rod aka batang penyangkut kain/langsir tu. rod yang atas ni rod pendek, RM5 aje. yang besar sekali dalam gambar atas tu RM9.90 boleh laras dan dipanjangkan lagi kalau nak. cuma nak share rod putih besar tu agak berat. so kena pakai hook yang kuat sikit.
macam ciknaa hook yang putih tu memang dah ada sticker tapi tak kuat mana. jadi tambah gam uhu super glu macam dalam gambar tu. 1 gam je dah cukup tapi dasar tamak beli 2 terus..haha.
ni rupa macamana nak lekatkan rod tu pada hook. |
TIPS : NAK BAGI GAM LEBIH KUAT, LEPAS GAM TU BIARKAN BEBERAPA SAAT HAMPIR KERING CEPAT-CEPAT TAMPAL. MEMANG TAK TANGGAL DAH. (ciknaa dapat tips ni dari tokey cina kedai hardware masa bujang dulu)
Lepas tu boleh la gantung langsir tu pada rod. ok, ring memang dah ada dalam shower curtain yang ciknaa beli. Jadi kalau nak cari, beli yang ada set ring sekali. kalau takde, ciknaa rasa boleh beli je dekat kedai langsir atau kedai jahit. tapi tak sure la berapa harganya.. material ring ni pun plastik aje.
ni asalnya bila takde pintu kabinet.. nampak segala perkakas dapur kan..malu~! |
tadaaa.. kemas la sikit kan kan kan.. |
kesemua barang untuk tutup bawah table top sinki ni semua ciknaa kira tak sampai RM50 pun.. lebih kurang RM40 je kot.. jadi boleh sangat la kalau nak buat sementara ada bajet pasang kabinet dapur kan..
Sekian entry deco bajet dari rumah ciknaa.. mekasih baca :)
Sekian entry deco bajet dari rumah ciknaa.. mekasih baca :)
yeayyy...akk suka sbb idea cikna ni senang akk nk ikut...yeahh!!!selalunya akk tgk mcm ssh je so lambat la nak buat kalau gitu
ReplyDeleteSy pun pki shower curtain, tp dh koyak ank suka tarik2, bolh beli baru ni.
ReplyDeleteKena cari idea nak bagi tutup yg terdedah ye Cikna
ReplyDeleteKalau dah berpintu pun letak langsir gitu pun macam cantik juga.
gud idea cik naa..kat dapur memasak lya pon berlubang bwh tu..sakit mata tengok..xde budget lg nk buat pintu kainet smua.. nnti nk buat cover camni jgk lah..
ReplyDeletecantik ciknaa. nampak kemas. yg penting bajet :D
ReplyDelete