Kalau tak ke langkawi, tak sah kan tak ke dataran lang ni. Datang situ semata-mata nak 'selfie' dengan helang beso tu je..huhu. kitorang datang dah malam pertama sampai langkawi. Tapi gelap je jalan nak kesana, tak jadi. Hari ke dua singgah kejap. Matahari betul-betul atas kepala masa tu.
1 lagi ciknaa suka sangat dekat sini sebab air laut dia sangat cantik! hajat nak island hopping tak kesampaian kekdahnya.. huhu.
see! cantik sangat-sangat kaler air laut tu.. walaupun panas tetap sejuk mata memandang,
p/s : Dataran helang dekat dengan jetty langkawi tu. Kalau naik feri, memang akan nampak helang besar ni bila sampai langkawi.
======================================================================
Masuk cerita shopping pulak.. Mak-mak orang ni kalau ke langkawi tipu lah kata tak shoping walaupun mulut dok cakap tak beli apa-apa aihhh.. jalan-jalan aje. sampai sana, mata besar! hahaha.. Ciknaa pun cakap benda sama. Ikut hati nak rembat macam-macam, tapi asben dah warning. kite naik flight yer isteriku, 20 kg sahaja~! oklah..mak redhoooooo ^^
Hajat dihati nak corelle, tapi poket tak mengizinkan.. Ambikla set ni..Meyca ke apa brandnya ciknaa pun dah lupa. Tapi ringan dah nipis macam corelle tu *nak jugak sama* set dinner untuk 6 orang. boleh la rasmi rumah baru nanti.. InshaaAllah.
Ciknaa survey jugak 2, 3 tempat. Tapi last-last dapat yang murah ni dekat idaman suri. Sekali dengan set pisau kayu tu RM39.90.
Coklat semua ni ciknaa beli dekat COCO VALLEY pantai cenang. pun ado dekat area hotel kitorang tu. Ramai yang share info kat situ antara yang termurahlah compare dengan tempat lain..
Set kat atas ni memang nak rembat, tapi sebabkan set pinggan dah dekat 10kg ciknaa ambik 1 je vision ni. saiz sedang tu sebijik RM175. satu-satunya tempat yang jual loose dekat HIG. so kalau nak taknak beli 1 set boleh cari kat sana..
Sudu pun murah dekat HIG. RM3.90 je untuk 6 biji.
Kain batik, ciknaa ada borong kat situ jugak. Siap 1 set kain batik untuk raya tahun ni.. hewhew!
Tips beli barang kaca bila menaiki flight :
Kat airport ada servis balut barang mudah pecah. Lepas scan tu terus pegi kat kaunter & balut. Bayaran ikut saiz barang @ beg tu yer.
Masa check in nanti bagitau kat staff tu ada barang mudah pecah.Nanti dorang akan tampalkan sticker FRAGILE tu. Alhamdulillah barang-barang kaca ciknaa bawak balik tu tak pecah. Dan kitorang nampak beg yang ada sticker fragile tu duduk atas sekali masa nak masuk dalam kapal.
hasil shopping, berat ngam-ngam je. tak lebih dari 40kg! syukur sangat.. hehe.
======================================================================
Related Link :
======================================================================
Related Link :
akk takde membeli apa pun kecuali magic pan je...hahahahaa
ReplyDeleteakk takde membeli apa pun kecuali magic pan je...hahahahaa
ReplyDeletebestnyer..puas hati la membeli pgan mangkuk kat sana..
ReplyDelete