GOOGLE Adsense

Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Review : Sponsor GBSB Family Day

Alhamdulillah..Family day ni memang pegi penuh bonet, balik pun makin penuh bonet. haha.. Hadiah macam-macam, tak masuk lagi goodies, goodies befday anak-anak..Plus tahun ni GBSB family dapat banyak sponsor. Sama macam tahun lepas.. So, Alang-alang dah cerita, ciknaa review sikitlah apa yang mak-mak gojes dapat dari family day tu.

Kesemua hadiah & barangan sponsor family day..

InshaaAllah ciknaa akan review setiap satu. Yang pasti semuanya memang tiptop!


Tuala 100% cotton
1st time dapat gambar tuala ni ciknaa dah dapat agak, mesti tuala dari kain yang berkualiti sebab nampak gebu sangat. Bila dah dapat, memang betul. 100% cotton! berbaloi sangat dapat tuala camni. Kalau korang berminat nak bagi sebagai hadiah harijadi, hadiah untuk family day, sukaneka, bolehlah tempah tuala camni.

Boleh request nak tulis apa pun.. Tuala kitorang ofkos la FunDay @ Morib 2016!

Untuk tuala gojes ni boleh follow IG : VanillaVendor 

atau FB page :AidanStitch 

================================================

Sebenarnya dari bujang suka letak tisu dalam handbeg.tapi sejak ada anak ni memang payah sikit. Slalu je tisu berterabur dalam beg. Benci! Tapi rupanya ada cara yg lebih kemas. Tissue cover ni dijahit dengan kemas & sangat teliti. Memang sesuai sgt dgn watermark DD sew with love. 

Ciknaa rasa boleh tempah sbg gift majlis nikah, befday party or etc.lebih sesuai & praktikal! Masuk je dalam goodies, ringan & tak mudah pecah kan..Takyah la bagi cawan-cawan kecik tu lagi. huhu..



Follow IG :ddsewwithlove

Macam-macam benda comel ada kat sana..

================================================

Haa ni sponsor dari jauh.. Dari muar! Sejujurnya ciknaa tak pernah makan mee siput walaupun suami orang johor. So sape yang sepatutnya dipersalahkan disini?ofkos la suami.. haha.

Mee siput ni memang lain dari yang lain.. Dengar geng-geng mak gojes cakap, mee siput ni memang unik. Rasa sedap, krup krap bila lepas digoreng.. Tengok gambar dah tau sedap kan?

Pes Mee bandung tu pulak memang pekat! Kalau macam ciknaa yang tak reti nak masak mee bandung ni memang sesuai sangat la beli pes segera dari Mak pon ni. Sepaket tu banyak tau!






Mee siput sila follow IG : @jj_makpon_official 
Pes Mee Bandung Mak Pon (fb) : Pengedar Mak Pon Perencah Mee Bandung 

================================================

Ni pulak pin tudung yang lain dari yang lain.. Bentuk pun klasik sangat.. Saiz besar! Ciknaa suka sebab payah sikit nak hilang.. Pin kat tudung dari jauh dah nampak..hehe.



Follow IG : doublek_label 

========================================================================
Bawang goreng ni ciknaa panggil bawang goreng berhantu..kahkahkah.. sikit pun takde bau tau.. Boleh makan camtu je. Krup Krap.. Tak percaya? tengok la gambar tu..Abis dalam masa 1 hari.. ciknaa sorang je pelahap.. haha.. Lepas ni nak order lagi dengan Dyatie..

Perfumes tu pulak kecik comel je. Memang senang nak sumbat dalam handbag. Ciknaa letak je kat ofis.. Lepas solat sembur! wangi bakhang..





Selain bawang goreng, pekasam daging, pekasam telur sotong, serunding halia pun ada! semua ciknaa dah pernah makan.. rasa? thorbaik!

berminat? boleh terus ke FB : Projek Niaga Ent.

========================================================================

muffin cake for goodies bag.




Muffin ni memang tak pernah tak sedap. Ciknaa pernah order dengan kak amy dulu untuk befday afiq..serius, sedap! Bukan tu je.. sebelum ni ciknaa pernah review lagsana dengan puding roti.. terbaik!

sekarang dah ada produk terbaru dari Ameris Home Delight..


 Ada frozen food tau! karipap dia serius tak rugi beli. Ciknaa suka frozen ni. Sebab kalau tetamu datang senang nak hidangkan makanan memang ada dalam peti..

Berminat nak order macam-macam, boleh

Follow
Ig : AmerisLovely 
FB page : Ameris Home Delights
========================================================================

Yang ni Special untuk kesemua anak-anak Gojes. Tapi ciknaa sampai lambat pagi tu, tak dapat la RM tiup lilin dengan kawan-kawan.. Brownies yang superduper sedap ni ditaja khas oleh blogger tercomel safurara. Dengan rasa yang penuh dengan coklat, yang tak terlalu manis.. memang cair lah dalam mulut.. harga? Pastinya yang berbaloi je.. Rara tak pernah jual memahal okey..




Follow IG : Sugarlandbyrara 


=====================================================================

Untuk design baju kitorang pulak dibuat khas oleh BYEKINJAMAL. Design memang cantik.. termasuklah countdown kitorang aritu..



Design :IG BYEKINJAMAL
Tshirt : ALLABOUTPRINTING 


Baju tu ni tahun kedua kitorang tempah tempat sama.. bagi ciknaa memang tiptop kualiti kain.Selain 100% cotton, baju tu ngam-ngam je terletak atas badan..

anak beranak sedondon pakai baju merah!

========================================================================

Thanks pada umie sue sebab sponsor untuk goodies anak-anak.. Umie sue ni sape tak kenal. Blogger yang terer edit blog, buat logo sticker, eh macam-macam la.. Ciknaa punya logo sambal hitam tu pun dia jugak la yang buat.. header atas tu pun sue jugak! nampak tak hebat kan air tangan dia..






So yang berminat jangan segan-segan Pm Sue.

Fb : Umie Sue Studio 


Untuk Hadiah tukar-tukar ciknaa dapat hadiah besar dari Mimie.. ya Allah sukanya lah..mekasih mimie..susah-susah beli dan bawak dari jauh..



hadiah ciknaa dapat dari mimie


hadiah ciknaa dapat dekat kak amy. 


Alhamdulillah.. Semua hadiah best-best.. harap sangat semua berpuas hati dengan semua hadiah & goodies dari Family day tu..cuma ciknaa terkilan sikit ada sponsor Creampuff, hari kejadian dah rosak tak boleh makan..hm! takde rezeki nak kongsi rasa sedap tu..


Jumpa lagi tahun depan.. Dah bukak tabung baru untuk Gojes Family day VOl.3 pulak..tunggu! Panjang umur kita jumpa yer.. bai~!

Thursday, April 14, 2016

Family Day GBSB | Day 2 : Aktiviti Sukaneka @ Family Day [Part 2]

bersambung dari entry semalam AKTIVITI SUKANEKA PART 1 ada 2 lagi games untuk anak-anak. yang bestnya games ni untuk anak bawah 2 tahun.. Afiq & Rania tak termasuk dalam games ni. huhu.


4. Mokcun Lesen L / P

Ciknaa tak tau la kenapa nama mokcun dalam games ni. Tapi anak-anak perlu berlari @ merangkak ke arah mak masing-masing. Lesen L tu untuk baby yang belum pandai jalan. Lesen P pulak bawah 2 tahun ofkos dah pandai berjalan/berlari.



Lesen L



Wednesday, April 13, 2016

Family Day GBSB | Day 2 : Aktiviti Sukaneka @ Family Day [Part 1]

Pagi ahad tu sepatutnya pukul 8 games dah bermula. Tapi ciknaa kesiankan asben sampai pukul 4.30 pagi, tidur pukul 5 pagi. Maka lambatlah keluar dari bilik. Lepas sarapan terus ke pantai untuk aktiviti seterusnya. Sampai je dah ramai. Ciknaa dengan kak ameris je kot yang paling lambat. Nasib sempat ambik gambar beramai..


Games ada 3 kategori

* untuk superdad *
* supermom *
* superkids *


Games Anak-Anak

1.Chicken Dance

Ciknaa dan family belum sampai lagi time dorang start games ciken dance ni.serius rugi sesangat.RM kalau menari memang suka.. tapi dah lambat, melapas~! huhu.




Tuesday, April 12, 2016

Family Day GBSB | Day 1 : Gold Coast Morib

Alhamdulillah..syukur yang teramat sangat akhirnya family fun day gojes berjalan lancar. Tahun ni adalah tahun kedua buat event besar camni. Rasanya tiap-tiap tahun akan wajib buat. InshaaAllah.. So, tahun ni masih dalam negeri selangor, vote paling tinggi dekat pantai morib.. Syarat wajib venue kitorang mesti lah ada swimming pool. bahagia anak-anak serta makpak nye..hihi.


GOJES BLOGGER SUPERMOM AND BABY
GOLD COAST MORIB
9-10 APRIL 2016




Friday, April 8, 2016

GBSB : Esok family day!

Salam jumaat..


InshaaAllah esok adalah hari yang dinantikan oleh semua mak-mak, anak dan bapak-bapak Geng gojes! Tahun ni alhamdulillah kitorang dapat buat lagi family day untuk kesekian kalinya.. kat mana? kat Gold Coast Morib aje.. 

Baju familyRM


Monday, June 15, 2015

Review : Singgah Santai Resort, Hulu Langat

asssalamualaikum..

bulan lepas kitorang berkampung kat Singgah Santai Resort ni. alhamdulillah semua berjalan lancar. so ciknaa nak share sikit review untuk resort ni selama kitorang berkampung 2 hari 1 malam dengan geng gojes aritu..




ni pool yang paling dekat dengan bilik kitorang.. pool yang paling dekat dengan reception office & parking kereta.. cantik..memang ciknaa sangat suka..anak-anak apatah lagi kan.. nampak je kolam ni kemain saited nak terjun mandi.. 


Tuesday, May 26, 2015

Family Day GBSB - [Part 4]

alamak jauh pulak jarak part 3 dengan part 4 ni kan..maaf la, mak bizi sikit.. tambah pulak doubleRM tu tak sihat minggu lepas.. harini mehla sambung untuk hari terakhir family day geng gojes ni. pagi tu breakfast pukul8 pagi.tapi memang ciknaa awal-awal bagitau geng, sampai lambat.. anak-anak tido lagi.. jadinya 8.30 kot sampai kat cafe.. menu pagi tu, nasi lemak, kuih muih.. encik sepul cakap sedap. kena la selera dia sambal yang pedas tu kan..siap hulur pinggan lagi suruh bini dia pegi tambah lagi.. adehh.. sabo jela..


lepas makan, memasing sibuk bergambo lagi.. macam biasa, nampak camera laju je hulur badan pastu menyengeh.. hahaha..

ni la banner kitorang.. cukup gojes kan? :P

banner ni ditempah khas oleh kak ameris.. tokey lagsana.. mekasih banyak kak.. cantik, gojes, pinky.. memang menepati citrasa lah..cuma nya apsal gambar saya tak beso kat situ? hahaha.. nah! ambik gambo kasi besarkan sendiri.. *tak padan pipi pau*


*puas hati* haa blog sendiri tepek gambar sendiri.. LOL

lepas breakfast, kitorang start game.. memula ikut plan asal, game buat kat parking lot..tapi memikirkan panas, ciknaa tanya kat akak cafe tu..mintak sikit kawasan cafe tu untuk buat aktiviti..geng superdad yg rajin tolong alihkan semua kerusi meja.serius geng bapak-bapak gojes sangat rajin & sporting.. asben leenda siap mintak penyapu & skop sampah lagi uolsss.. *clap-clap*


game supermom : kotak beracun

memula ciknaa taknak join game ni.sebab rania dah start tantrum.. pastu bila bagi susu dia diam pulak..oii cecepat tambah lagi kerusi pastu join.. tapi kan, serius ciknaa tak tau pun kalau dapat kotak beracun ni akan dapat hadiah.. jenuh ku campak lelaju taknak pegang takut kalah.. ruginya.. kalau tak, ciknaa pegang 3 jam pun takpe sebab nak hadiah.. hihi.


part sampai bebila takkan lupa kotak beracun tu sampai kat tangan umie.. dia kena cakap ape ek, pesanan untuk anak-anak & suami..gitu la rasanya..ciknaa memang tak fokus langsung time tu dok bual dengan erina..tau-tau dorang dah menangis touching dengan ayat umie.. ops! sorry la ciknaa tak dengar pape umie cakap..heee :P


game superdad : collect bola


ok game ni pulak sebenarnya game untuk bapak gojes.. tapi encik sepul tu tetiba mood tarak baik ntah kenapa..afiq pulak sibuk nak main bola..nak main bola.. nasib la umie bagi can ciknaa join game ni.. best giler kott.. afiq tak reti ambik banyak-banyak, jadi nya tak dapat la nak collect penuh..lawan plak dengan anak kayrul yg darjah 1 tu.. kalah sudah.. tapi still dapat hadiah.kemain suka afiq ni..


game superkids : rebut gula-gula


yang ni mungkin game pertama anak-anak.. afiq terutamananya.. rebut gula-gula.. kelakar, umie baru je tabur gula-gula, belum start lagi tapi mak-mak dah suruh anak-anak rebut.. adoii.. afiq berjaya collect 26 biji semua sekali.. boleh tahan ko ek  hahahaha.. jadi bekal papa dia la masa drive :)



boleh dikatakan masa game tu encik sepul duduk je melayan si afiq yg agak gerrrr aritu.. elok jugak la dia nak hadap anaknya tu kan.. so, mama boleh join semua game.. eh korang perasan tak gambar semua cantik-cantik.. sebenarnya family day kitorang ni ada Official Photografer okey.. 




 eh cantik tak baju family day kitorang? design baju ni dibuat khas oleh ekin..alhamdulillah, dia pun ahli GBSB jugak..cuma dia tak join family day sebab cuti bersalin..thanks ekin..we love it! baju tu pulak tempah dengan dolceryna.. kain sangat best..100% cotton.. harga? tip top..



aritu keje dia hadap enpon aje..

rania : mood agak baik tapi mengantuk sikit..

sebab nak bagi afiq ni kurang sikit aktifnya tu, papa dia sanggup bagi enpon dia.. main la game sampai puas.. adoii.. tuhan je tau cemana nak handle dia ni sorang.. memang naik semput weh..


doubleRM kesayangan ciknaa..


eh lagi satu.. prop kitorang pun ditaja khas tau.. comel..serius kiut miut.. tak caye? meh tengok gambar ni haa..

photoprop by family RM :)




superdad & superkids

supermom & superkids

family RM dengan tema JDT :)




supermom of 2 kids! im ciknaa ;)

alhamdulillah.. ciknaa berbesar hati akhirnya gojes blogger supermom and baby dah berjaya ada event sendiri.. family day sendiri. berkat sokongan, kerjasama kesemua ahli GBSB terutama 21 family yang hadir menjayakan family day ini..ciknaa ucapkan jutaan terima kasih..tanpa korang, mungkin tiada lah event sebesar ini..tanpa korang, siapalah GBSB.. terima kasih pada kesemua sponsor sama ada sponsor luar ataupun sponsor dari geng GOJES sendiri.. semoga bisnes kalian terus berkembang maju..akhir kata, nikmatilah ukhwah yang kita ada ni seadanya.. jaga lah.. lindungilah antara satu sama lain..andai kata ciknaa takde satu hari nanti, ciknaa tau GOJES BLOGGER SUPERMOM AND BABY adalah group mak-mak yang paling best, paling mesra & paling baik didunia..inshaaAllah.. i love u GBSB! 


p/s: next family kita kat mana yaaa? :P

Wednesday, May 20, 2015

Family Day GBSB - [Part 3]


masuk pulak aktiviti malam tu.. dinner kami mamang termasuk dalam pakej dengan resort tu..ada BBQ.. dinner start pukul 8 malam..tapi ciknaa keluar bilik pun 8 suku, goodies bag untuk befday afiq tak setel lagi.. biasa lah, janji melayu kan.. hihi
 

OO the night..baju tido saje.. balik bilik terus tido..haha

dinner malam tu menu kitorang nasi goreng cina, ayam & kambing BBQ, dengan sos blackpaper, fun fries, dan buah.. so far ciknaa paling suka sos BBQ tu. makan camtu pun sedap.. nasi ada kurang sikit..tapi boleh la makan..





nak makan ni pun alahai.. tuhan saje yang tau.. kayrul saksinya.. double RM tu beraksi macam termakan ubat kuat kekdahnya.. diorang punya aktif malam tu buat makpak rasa macam nak pecah dada menahan sabo..afiq awal-awal dah tumpahkan secawan air.. rania? seluar dia abis basah makan jelly kelapa tu.. adoii..


nila 2 beradik yang superduper aktif malam tu.. fuhh..*urut dada*

semua tengah menikmati dinner..lapo weh lepas berendam :)

befday 7 orang anak gojes disambut meriah..serius memang kecoh giler. si afiq tu nampak je kek elok diletak atas meja dia memang hadap je kek tu.. kek afiq ni.. sampai tuan sponsor kek mami airis tu dia marah ko tau.. maap yer acik anis..anak ciknaa ni memang tak makan saman.. 


 airell,afiq, husna, dahlia, harris, & afryna

eh baru perasan dalam gambar ni takde airis..mana pulak kakak airis masa kejadian eh?huhu.. ada 3 kek semua..sponsor by achiek anis & erina.. thanks mommy.. cantik sangat kek tu..


kek hero

kek untuk princess

kek dari erina untuk semua 7 anak gojes

meriah sungguh party birthday malam tu

lepas setel makan, potong kek semua kitorang ada lagi aktiviti lain.. tukar-tukar hadiah.. ahli gojes diwajibkan bawak 1 hadiah mewakili 1 family.. nilai hadiah minimun RM15 tapi nan hado 15..boleh dikatakan semua vogue giler hadiah.. ada yg cecah ratus gamaknya.. korang memang best! 



ciknaa dapat cadar dari kak ameris.. suka giler beb! cadar single.memang elok sangat la sebab dah lama jugak tak beli cadar katil afiq tu..mekasih eh kak amy..bukan takat cadar dia bagi, siap cekelat daim sepelastik..


time dorang tengah tukar-tukar hadiah malam tu ciknaa dah tak larat nak fokus dah.. bebudak ni pun dah mula buat hal sampai la dia nampak kek ni.. makan krim.puas ciknaa pujuk jangan buat main, tapi masing-masih mengamuk marah.. erina datang, dia cakap ciknaa biarkan dorang makan.. biarkan..ya Allah ena. lembut sangat awak tau..

memang diorang korek krim & coklat je atas kek tu..haihhh..

cer teka sape adik sape kakak? bahahaha..

malam tu serius penat yang amat.. ciknaa balik bilik awal dari orang lain. sebab baju afiq dan rania dah kotor teramat sangat..siap mandi tukar baju terus tidokan dorang..sempat la layan cerita hidupku, matiku, solatku.. tak lama pastu papa bebudak ni keluar mengeteh tengok bola.. sampai pukul 2 pagi ko tau! takpe..kasi can la.. 


next entry:  hari terakhir family day gojes


-bersambung-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016