GOOGLE Adsense

Showing posts with label preparation of the wedding. Show all posts
Showing posts with label preparation of the wedding. Show all posts

Friday, January 20, 2012

veil nikah

dah lama tak update pasal w-day..
tetiba rase rindu saat dinikahkan dulu tu.. ^______^
veil.. atau pun selendang..
untuk nikah dulu ciknaa memang nak pakai veil jenis chiffon..
tujuan utama nya nak tutup lelemak kat lengan yg gedabak ni.. hehe.


untuk veil nikah, ciknaa beli kat Gulatis..
secara kebetulan nya corak veil tu memang sangat ngam dengan baju nikah..
panjang dia xsilap ciknaa 1.8 meter kot.. [tak sure sangat]
tapi kain dia sangat selesa pakai..









lepas beli tu ciknaa hantar tempah jahit manik sikit kat sebelah atas kepala tu.. kasi heavy sikit.. cun =)


one of person yg sewa veil ciknaa..
close up : jahit manik atas kepala tu..



Details untuk veil nikah ciknaa : 
  •  bertema kan colour creamy cream..
  • beli kat gulatis : around RM160 ++
  • panjang dlm 1.8 meter..
  • beaded  heavy & kemas jahitan nya..

P/S: available untuk disewa.. :))

Wednesday, October 5, 2011

meja guestbook v2

sambungan entry meja guestbook ciknaa part one tu. atas meja tu ciknaa memang letak sesimple yang boleh. sebab nanti letak banyak2 jadi cam serabut pulak. bila majlis dah berlangsung, tentu2 la ramai orang expecially kanak2. dorang ni kan suka tengok benda pelik2. so, simple sudah.. (taknak amik risiko kunun2) ;p


betul2 simple je kan? sampai pen pun lupa letak =)





p/s : simple is nice =) puji sendiri jela.. hahaks!

Friday, September 9, 2011

Hiasan Meja Makan Pengantin

Sebut makan terus lapor! haha.. meja makan ni makcik ciknaa siapkan malam sebelum majlis besar. tapi complete betul2 pagi tu. dorg sambung siapkan pagi2 masa ciknaa nikah kat masjid. kat facebook, ramai kawan ciknaa cakap selera makan sbb meja ni cantik! hihi. suke3..





makanan udah sampai..wah3..bestnyeeeee =)


nak gelak sangat2 time makan pastu nak snap.. *wink2 =)

Idea deco wedding : Meja Guestbook Untuk Majlis Perkahwinan

lama sungguh tak update pasal w-day kan? banyak sangat benda nak share, sampai dah tak tahu nak mula dari mana. takpe la, slow2 kite kasi abis itu cite. hehe :D

pasal guestbook table ciknaa sebenarnya last minute dapat idea ni. planning nak letak simple2 je.tapi mak kasi idea. masa tu ciknaa dah sibuk nak ke masjid untuk akad nikah. so, hentam jela kalo sape2 murah hati nak tolong kan.


seperti biasa, theme takkan berubah. black & red hokey.

ciknaa's guestbook table ;)

antara tetamu2 yg rajin menurunkan ucapan2 hebat! :P


kembar ciknaa, ramai ckp muka kami same :P

orait laa. ciknaa share details cket pasal meja ni ok.

  • meja yg digunakan adalah: meja makan! 4 seat pnye.
  • kain alas tu lebihan kain scallop canopy aje.
  • frame gambar tu mak punya. kalau nak beli, cosway ada jual.
  • atas meja mesti ada note supaya tetamu tau untuk apa meja tu disediakan.
  • mesti ada pen.
  • ada 1frame kecik gambar ciknaa n encek saiful, sweet! =)
  • tentu nya ada guestbook. -kalo tak dorg nak tulis kat mana kan?

Thursday, June 30, 2011

:: review baju nikah ::

seperti yg diplankan dahulu bab baju nikah,
ciknaa tempah kan? upah je baju ciknaa 200 hengget.
mahal~ bagi ku.. hehe. tapi amat berbaloi.~ sebab nye sgt sedap dipakai..
takde la rase menggelebeh seperti lelemak ku.

plus, baju nikah ni kami recycle semula untuk majlis tandang.
hehe. jimat gile. plus lagi, baju melayu encek suami tu pakai balik time raye..
wah! gile jimat cmni..haha..

plan asal nye majlis tandang ada baju lain.
tetapi, baju tersebut x menepati citarasa ciknaa..
korang tau nape, OREN gilerrr baju tersebut..
jadi balik dari pulau untuk bersukaria hanimun itu hari, kami decide
nak pakai balik baju nikah.tukar je veil & samping untuk nampak kelainan.. stop.

pape hal pn mls cite panjang lg.
baju nikah ni memang menepati kehendak n citarasa mak ya noks..
ditambah pulak kain yg ala2 umbrella tuh.. suke3.. :D
ramai gak kawan kt fb ckp lawo baju nikah ni nampak slim.. hahaha~ terlebih suda..


ni masa nikah. otw pg masjid. suci je muka.. ngeh3.. :D


ahaa.. full tau i letak! hehe. ~ baju nikah kesayangan hamba. tapi ni pakai masa bertandang. tuka veil je untuk kelainan. sbb majlis kat johor tema kuning. ala2 raja gitu.. hik3..tp ciknaa pakai soft yellow aje.. so simple.


pape pun ciknaa suka baju ni. sbb ni jela baju yg akan simpan sampai je akhir hayat. nak bagi anak cucu tengok. hik3.. :P

Monday, March 21, 2011

kain baju nikah dah beli

hehe. sabtu ritu mak ciknaa dtg kl.. ** suke2!
pastu dia ajak g jalan2 kl.
ktorang pg 4 org. plus 2org makcik.
pegi la jalan tar.makcik2 ciknaa sibuk sgt nk soping kat ariani.
ciknaa takmo. (sebab depan tu mata dok tgk jakel je kan?)
huhu..pastu ciknaa tarik mak masuk jakel.
kat situ kata nya ada sale smpai 20hb march.
ari tu 19hb. :))
naik terus pg level 3 taw. sbb da tau kain nikah kat mane.
haha.. belek2 la dulu.ciknaa cari kain yg dok usha dulu.kain nye cmni.
tentu nya kain nikah nak cari kaler krim oke.



jumpa kat blog elmo.
mmg ciknaa suka kain ni asal nye.
sbb beaded dia bole wt ciknaa nmpk slim! haha..
mase ciknaa pg tu harga pakej kain ni rm490. less dari arga asal nye rm600.
tapi yela, masa tu dok usha je.takmo beli pon. bajet tadak! :P





so, pegi sabtu tu nak cari la balik kain cmni kan.
tp syg nye harga da naik balik.
da jadi rm750. huwaaaaa..
tapi ciknaa test gak kain ni lagi skali.
mak tak soka laa..
dia ckp heavy sgt. nti mcmn nak pakai raye?
hm..betoi gak kan? malu lorr over bling2.nmpk sgt plak baju nikah! :)




so, cari kain lain yg lebih sesuei dan agak murah gitu..
haha..jumpa yang ni..
nampak slim tak? ~~sila hangguk! haha..
so nak cite detail la psl kain ini ya..

  • material: chiffon beaded/lining satin.
  • kaler: creamy cream.
  • harga 1 meter : rm168 xsilap. sbb total nye rm 700++
  • ciknaa lebihkn 1.5 meter utk buat veil.
  • kain ciknaa 4.5meter.
  • kain utk encek saiful plak 5meter. (oh sungguh besou bdn dia) hehe.
mak yang bayokan dlu. nanti ciknaa gaji baru claim balik.hahaks! kopak weii duit beli kain shj da dekat 1k.
xpela kawen setahun skali seumur idop!
lepas ni bole la hntar kedai jahit top class kat plaza idaman.
rm170 x 2 utk baju melayu sulam + baju kurung moden. tapi encek saiful la plop yg bayo.. haha..

kasi close up cket! :)


lepas siap jahit :
lepas nikah =)



kenduri bertandang =)


p/s : ciknaa pakai baju yg sama je utk nikah n bertandang. jimat adalah terbaik. :D

Wednesday, February 23, 2011

solat sunat selepas nikah

assalamualaikum ols..hehe. today, i want to share something with all of u. <-------------(ape motip aku skiping2 neh? haha) sbnr nye benda ni da lame ciknaa terpikir..sejak balik dr kursus kawen kt setiawangsa ritu.sejak tu ciknaa teringin sgt2 nak melakukan solat berjemaah bersama suami. ececeh! tp serius..mmg teringin sgt.dan hasrat itu telah pun disampaikan kpd encek saiful.n dia tak kisah..bukan apa,solat sunat ni 2rakaat je.dan insyaallah sekali je seumur hidup kte lakukan.ciknaa rasa mcm rugi sgt kalau peluang ni dilepaskn mcm tu je kan?so, disebabkan xpenah main kawen2 kan, ciknaa pn gigih la mencari info2 tentang solat sunat lepas nikah n sujud syukur.hope info ini menjadi panduan kpd kamu2 yg bakal jd pengantin baru hokey....tata :)




Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.
Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
  • berniat dengan lafaz niatnya:
    • “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
  • rakaat pertama:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • rakaat kedua:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
  • berniat dengan lafaz niatnya:
    • “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
    • sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Rakaat pertama:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
    • membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”


sumber rujukan ciknaa : wikipedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016