GOOGLE Adsense

Showing posts with label deco rumah. Show all posts
Showing posts with label deco rumah. Show all posts

Monday, March 20, 2017

#rumahkecilfamilyRM :Kos Buat Kabinet Dapur & Table Top

Assalamualaikum..


Rasa macam dah nak hilang skill menulis blog ni. maklum la blog pun hidup segan mati tak mau dah ni.. kahkahkah..sebelum merapu, lebih baik ciknaa terus cerita pasal kabinet dapur yang masih 'panas' tu. Alhamdulillah, ciknaa dapat buat kabinet dapur lebih cepat dari jangkaan. sebab tu ada nya post MISI TUTUP BAWAH TABLE TOP  haritu. konon nak pakai lama, tapi perkhidmatan dia tak bertahan lama sebab ciknaa dah buat pintu yang lebih kemas.. gituuuuu..


Nak share sikit dapur ciknaa yang comel tu. Dari kosong takde apa-apa sampai la jadi rupa dapur yang ciknaa idamkan.. Walaupun belum betul-betul complete macam ciknaa nak, tapi macam biasa slow-slow.. duit bukan turun dari langit tapi ciknaa percaya inshaaAllah ada rezekiNya nanti..

2016 dapur asal rumah ciknaa.

Nilah dapur asal ciknaa masa mula-mula beli rumah tu tahun lepas. tak tau la berapa ukuran sebenar, tapi kata eddy (tukangrumah yang buat table top) saiz dia buat 15 kaki. Total ciknaa buat table top tu RM2250 tapi mintak diskaun RM50..alhamdulillah dia bagi. :)


2016 sesudah siap pasang table top
Lepas masuk peti, masuk barang dapur semua, tiba-tiba dapur ni jadi kecik *perasaan tuan rumah yang tak berapa nak kecik*


klik gambar untuk cara pasang langsir bawah table top 

Lepas hampir 2 bulan pakai langsir bilik air ni, ada rezeki nak pasang kabinet dapur. Ciknaa memang dah tau dengan sape nak deal. Dan bila ada bajet terus panggil arman ( kabinet dapur kuantan) datang ukur. Kira harga semua lepas 2 minggu dia datang pasang.


sebelum :





selepas :

tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!




Ukuran kabinet bawah 11 kaki. RM1500. kabinet atas tu tambah RM300. kenapa secoet je yang atas tu? sebab bajet sampai situ je..haha. ciknaa nak beli hood dapur tu dulu. nanti ada bajet baru pasang kabinet atas tu. slow-slow okeh..


material kabinet : formica






kabinet dapur hitam dan putih. eh sebenarnya dalam hati nak semua sekali putih. tapi ciknaa tahu siapa diri ciknaa.. daku tak rajin mana hoi.. huhu. jadi ambik lah table top hitam, kabinet putih. kaler sepanjang hayat gittuuu... susah tak nak jaga kabinet putih ni? baru seminggu ciknaa pakai, ok la. tak susah mana. sebenarnya lagi susah nak jaga table top hitam tu sebab  kalau susu anak jatuh sikit je terus nampak.. jenuh hari hari mengelap bagi bersih..


gambar diatas semua ciknaa cilok dari FB : KABINET DAPUR KUANTAN orang-orang kuantan, pekan, kemaman dan sekitar kalau nak buat kabinet dapur, ciknaa suggest sgt dengan arman ni. asben cakap dia sendiri yang pasang walaupun ada anak buah dia. kerja sangat cermat berhalus. ciknaa puas hati sgt dengan kualiti. InshaaAllah kalau banjir, kabinet ni tahan.. arman kata umah dia banyak kali banjir, tapi kabinet masih ok..


gambar latest dapur ciknaa. ada langsir nak pasang tapi mood rajin belum sampai lagi :P


tQ sudi baca :)



Friday, February 3, 2017

#ideadecociknaa : Misi Tutup Bawah Table Top

Hai.. dah lama ciknaa tak update pasal deco rumah baru tu. eh dah duduk sebulan dah, kira baru lagi ke ek.. :P Untuk dapur, kitorang dah pasang table top konkrit.. boleh baca entry ni rumahku syurgaku. berhajat besar nak pasang kitchen kabinet. Tapi masih belum cukup bajet lagi. Ciknaa cari jugak idea dekat google cara tutup bawah dapur tu tapi tak jumpa yang memenuhi citarasa. Sampai la terjumpe 1 gambar dekat group deco. then ciknaa cari sendiri barang sebab tak jumpe details pun cuma gambar semata-mata.



ni la dia rupa bila di upgrade dengan barang MR.DIY

Friday, June 24, 2016

Rumahku Syurgaku



Alhamdulillah ciknaa dah dapat kunci rumah kat kuantan tu.. Permohonan nak tukar ke sana bulan 5 aritu belum diluluskan.. Ditangguh ke bulan 10 atau bulan 1. So sempat la ciknaa bersihkan atau kalau ada rezeki nak cat dulu rumah tu. 


So sebelum buat apa-apa ciknaa nak share dulu rupa rumah tu. yang kosong masih takde pape lagi. 

ruang tamu jenis memanjang

dapur 

bilik ke3 

Disebabkan kitorang belum dapat duduk lagi rumah tu, ciknaa ambik keputusan untuk tambah table top konkrit. 2 bulan lepas ciknaa panggil eddy (tukang rumah) ni datang & deal. Terus tinggalkan kunci rumah pada dia sebab dia nak buat bulan puasa. Alhamdulillah dah siap pun.. sampai sekarang ciknaa sendiri tak tengok lagi. Dia cuma wasap je dah siap.. Tengok pun dah tau hasil kerja memang kemas.. Alhamdulillah..


sebelum

semasa proses pemasangan table top 

dah siap! 





table top ciknaa ni ukuran nya dalam 15 kaki.. Lebih dari RM2k eddy bagi free charge untuk sinki tu.. Setakat ni jela dulu dapur ciknaa..nak pasang kabinet tu kena mengumpul lagi..orang kata pelan-pelan kayuh kan.. 

Next lepas raya nak start pindah barang-barang dah. Tak sabar nak masuk duduk rumah sendiri. Tapi belum ada rezeki.. masih sabar menunggu :)


Rumahku Syurgaku



Alhamdulillah ciknaa dah dapat kunci rumah kat kuantan tu.. Permohonan nak tukar ke sana bulan 5 aritu belum diluluskan.. Ditangguh ke bulan 10 atau bulan 1. So sempat la ciknaa bersihkan atau kalau ada rezeki nak cat dulu rumah tu. 


So sebelum buat apa-apa ciknaa nak share dulu rupa rumah tu. yang kosong masih takde pape lagi. 

ruang tamu jenis memanjang

dapur 

bilik ke3 

Disebabkan kitorang belum dapat duduk lagi rumah tu, ciknaa ambik keputusan untuk tambah table top konkrit. 2 bulan lepas ciknaa panggil eddy (tukang rumah) ni datang & deal. Terus tinggalkan kunci rumah pada dia sebab dia nak buat bulan puasa. Alhamdulillah dah siap pun.. sampai sekarang ciknaa sendiri tak tengok lagi. Dia cuma wasap je dah siap.. Tengok pun dah tau hasil kerja memang kemas.. Alhamdulillah..


sebelum

semasa proses pemasangan table top 

dah siap! 





table top ciknaa ni ukuran nya dalam 15 kaki.. Lebih dari RM2k eddy bagi free charge untuk sinki tu.. Setakat ni jela dulu dapur ciknaa..nak pasang kabinet tu kena mengumpul lagi..orang kata pelan-pelan kayuh kan.. 

Next lepas raya nak start pindah barang-barang dah. Tak sabar nak masuk duduk rumah sendiri. Tapi belum ada rezeki.. masih sabar menunggu :)


Thursday, October 29, 2015

Guna Semula Rak Lama

Lama dah tak update pasal deco rumah sewa ku itu.. Kelmarin mood rajin datang, mengemas bilik..jumpa la balik meja kecik yang dok kat sisi katil tu.. memang dah lama tak guna.. keluarkan pastu dok tenung..buruknya lahai..yelah, barang murah gini selalu guna habuk kayu je..kena air sikit habis kembang.. dah bengkak jadinya.. hahaha..

wallpaper haritu ciknaa guna untuk tampal kat dinding ada lebih lagi 1 roll..ting! dapat idea.. :)




Nampak macam baru tak? dah siap tampal wallpaper jadi cantik pulak.. suka,suka,suka~!
Dari meja tepi katil, sekarang dah jadi meja laptop..ngam-ngam je muat laptop tu.. bebudak ni memang tiap hari dok layan katun dalam tu.. so, berbaloi-baloi la meja tu dah digunakan semula kan..tetiba rasa, cantiknya kalau semua perabot kaler putih.. hehe.

tudiaa si kecik rania marissa dengan perabot kecik beliau..


Jemput baca :

Monday, September 14, 2015

Guna Semula Kabinet TV Lama

Hello monday.

Sabtu lepas ciknaa dah cakap dengan asben nak buat projek sikit kat umah tu.. dah semak pulak mata memandang.. kebetulan mood Encik Sepul ada baik, dia pun ok je.. memula kitorang make over sikit rak tv.. rak tu pun orang yang bagi..tak pernah beli pun sebab ciknaa kan pernah cakap plan nak pindah balik kampung..so, ada rumah sendiri baru beli yang ok sikit.. jadi kita guna jela mana yang ada dulu.. berjimat-jimat dulu katanya..

ni la rupa rak tv ciknaa tu.. buruk kan?

hasil selepas dimekapkan.. baru perasan 2 biji benda hitam tu tak ditebuk lagi..owos!

ciknaa guna wallpaper je..perasan tak sama dengan dinding belakang tu? ada lebih 1 roll lagi.. guna la selagi boleh..


selepas sesi tampal menampal

setel satu bahagian.. sedap sikit mata memandang..projek ke2 diteruskan.ciknaa ada 1 penyakit. penyakit malas nak lipat kain..heii memang ku tak gemorlah pekerjaan yg satu ni. rasa macam stress sungguh bila buat..kahkahkah.. kain baju memang guna hanger je.. bila basuh, hanger..dah kering terus angkat & gantung.. tapi masalahnya almari dah penuh uollss.. gantung selama ni pun cuma guna baby cod rania..memang buruk la rupanya..dahla makan space yang banyak.bilik kecik.. jadi kita cuba diy lagi..ofkos dengan kuasa supersaia Encik Sepul :D


setel! legaaaa mak oii..

Rod tu beli kat mr.diy je..tak silap ciknaa Rm10.90 harganya.. boleh ejas bagi lagi panjang.. Rod baju double RM tu pun beli situ jugak.. RM6 kot..ala lupa la dah setahun belinya.. ekceli baju RM tak muat kat situ.. tapi sumbat jela dalam almari dorang tu.. 

so, masalah ciknaa setel.. baby cod rania pun dah selamat ditanggalkan.. bilik tu pun dah jadi luas dari biasa.. nak solat jemaat pun selesa.. mak & adik datang pun selesa nak tidur sini.. cuma bila dah gantung baju gini, nyamuk pun bahagia la kan..takpe, ada cara lain nak setel.. kacang je tu.. 


nak jimat memang boleh je kan? heee.. ;)

-mama RM-

Tuesday, August 26, 2014

Susun Atur : Rak Dapur Murah (part 2)

hai..macam dah lama tak cite pasal rumah kan..
ala rumah ciknaa takde kemas pun..
cuma ada masa mood rajin datang..kemas ler sikit..
ada masa tonggang terbalik jugak..
hahaha.. ops! jangan tiru.. kemas ikut mood adalah tidak bagus..kakakaka..
rak dapur yang ciknaa beli dulu tu dah makin bertambah barang.. (klik SINI)
serius..rasa serabut jugak la..  tapi tak reti dah nak kemas cemana..
kemas cara ciknaa jelah weii..




tengok la.. banyak barang kan?semua tu ciknaa guna..
memang tak tau dah nak sorok cemana lagi nak bagi clear..
gini la rumah sewa.. takde kitchen kabinet sendiri..
ni jela mampu ciknaa buat untuk kepuasan sendiri..
klik SINI untuk deco simple & murah dapur ciknaa..


p/s: kalau ada yang pernah datang umah ciknaa takde la kemas mana pun kan? indah khabar dalam blog dari realiti..bahahahha.. biasa lah..rumah ada anak dua.. tambah plak maknye tak bape rajin.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016