GOOGLE Adsense

Showing posts with label wallpaper kaison. Show all posts
Showing posts with label wallpaper kaison. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Guna Semula Rak Lama

Lama dah tak update pasal deco rumah sewa ku itu.. Kelmarin mood rajin datang, mengemas bilik..jumpa la balik meja kecik yang dok kat sisi katil tu.. memang dah lama tak guna.. keluarkan pastu dok tenung..buruknya lahai..yelah, barang murah gini selalu guna habuk kayu je..kena air sikit habis kembang.. dah bengkak jadinya.. hahaha..

wallpaper haritu ciknaa guna untuk tampal kat dinding ada lebih lagi 1 roll..ting! dapat idea.. :)




Nampak macam baru tak? dah siap tampal wallpaper jadi cantik pulak.. suka,suka,suka~!
Dari meja tepi katil, sekarang dah jadi meja laptop..ngam-ngam je muat laptop tu.. bebudak ni memang tiap hari dok layan katun dalam tu.. so, berbaloi-baloi la meja tu dah digunakan semula kan..tetiba rasa, cantiknya kalau semua perabot kaler putih.. hehe.

tudiaa si kecik rania marissa dengan perabot kecik beliau..


Jemput baca :

Monday, September 14, 2015

Guna Semula Kabinet TV Lama

Hello monday.

Sabtu lepas ciknaa dah cakap dengan asben nak buat projek sikit kat umah tu.. dah semak pulak mata memandang.. kebetulan mood Encik Sepul ada baik, dia pun ok je.. memula kitorang make over sikit rak tv.. rak tu pun orang yang bagi..tak pernah beli pun sebab ciknaa kan pernah cakap plan nak pindah balik kampung..so, ada rumah sendiri baru beli yang ok sikit.. jadi kita guna jela mana yang ada dulu.. berjimat-jimat dulu katanya..

ni la rupa rak tv ciknaa tu.. buruk kan?

hasil selepas dimekapkan.. baru perasan 2 biji benda hitam tu tak ditebuk lagi..owos!

ciknaa guna wallpaper je..perasan tak sama dengan dinding belakang tu? ada lebih 1 roll lagi.. guna la selagi boleh..


selepas sesi tampal menampal

setel satu bahagian.. sedap sikit mata memandang..projek ke2 diteruskan.ciknaa ada 1 penyakit. penyakit malas nak lipat kain..heii memang ku tak gemorlah pekerjaan yg satu ni. rasa macam stress sungguh bila buat..kahkahkah.. kain baju memang guna hanger je.. bila basuh, hanger..dah kering terus angkat & gantung.. tapi masalahnya almari dah penuh uollss.. gantung selama ni pun cuma guna baby cod rania..memang buruk la rupanya..dahla makan space yang banyak.bilik kecik.. jadi kita cuba diy lagi..ofkos dengan kuasa supersaia Encik Sepul :D


setel! legaaaa mak oii..

Rod tu beli kat mr.diy je..tak silap ciknaa Rm10.90 harganya.. boleh ejas bagi lagi panjang.. Rod baju double RM tu pun beli situ jugak.. RM6 kot..ala lupa la dah setahun belinya.. ekceli baju RM tak muat kat situ.. tapi sumbat jela dalam almari dorang tu.. 

so, masalah ciknaa setel.. baby cod rania pun dah selamat ditanggalkan.. bilik tu pun dah jadi luas dari biasa.. nak solat jemaat pun selesa.. mak & adik datang pun selesa nak tidur sini.. cuma bila dah gantung baju gini, nyamuk pun bahagia la kan..takpe, ada cara lain nak setel.. kacang je tu.. 


nak jimat memang boleh je kan? heee.. ;)

-mama RM-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016