GOOGLE Adsense

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

flashcard for kids

baru balik course MIND POWER..
saje nak share bende ni untuk blogger yang ada anak cam ciknaa..
kata pakar motivasi OSMAN AFFAN, kalau ada anak yang umur lebih kurang 6bulan, agak-agak dah boleh duduk tu, boleh bagi flash card tu untuk dorang.. tapi, dengan cara tunjuk kad tu laju-laju..


secara tak sengaja, otak bayi lebih cepat ingat dengan cara sebegitu..plus, kite dah ajar dia jadi lebih cepat pikap kan?sebab dia citer, selepas anak tu 2 tahun, bila pegi pasaraya dia boleh bezakan sayur-sayuran yang ada tu..sedangkan mak pak nye sendiri dah lupe bila dorang ajar pasal sayur-sayur tu sume..wah! hebat.. lagi satu, bila ajar macam tu, dia boleh bercakap dengan lancar bila umur 2 tahun..
semangat ciknaa dengar tau..




rupa flash card tu













p/s: nak beli bumboseat & flash card ni utk razin..  bulan depan boleh ajar dah ni.. :)

Thursday, September 6, 2012

2 in 1

pagi ni baru je duduk 5 minit, on PC.. 2nd bos datang kat tempat ciknaa..
eh naa, saya bukan jual, tapi saya tengok ni sesuai untuk yu..


 siap print lagi untuk ciknaa - majalah i-sihat.



wow.. memang ni ciknaa dah wusya dah weii..'mahal la kak..'' [bila cakap bukan hal ofis, terus panggil hakak] hihihi....dia jawab pe tau, ''takpe la mahal sikit.. tahan lama, sekarang anak sulung, lepas ni adik-adik dia boleh guna lagi.....'' aiyarrkk! hihi =)


Philips Avent Steamer & Blender







hari ni baru betul-betul faham penggunaan dia...
memula, stim.. lepas makanan tu dah lembut, terbalikkan aje terus boleh kisar..
euuwww suke nya .. cepat! mudah! paling best, tak payah kotorkan banyak bekas..
ekceli, ciknaa dah cuba-cuba buat puree bagi razin makan..
nak tengok dia oke tak makan..
sebab utama, dia dah pandai melalak bila lapo..
bagi susu pun tak jalan.. hadoiii anak..
tapi leceh sikit la kene rebus dlu..
lenyek-lenyek dulu... blender, tapis bagai..




senang gile kan.. teruja sangat-sangat mau memiliki ini.. harga dalam majalah ni ciknaa tengok RM459.. phewwh! (-_-'') ayat penambah semangat dalam majalah ni ape tau...
"MENYEDIAKAN MAKANAN BAYI DAN ANAK KECIL BOLEH MENJADI SESUATU YG AMAT MENCABAR UTK PARA IBU.TAMHAHAN LAGI UTK IBU BEKERJA & TERPAKSA KELUAR AWAL PAGI.NAMUN DENGAN PHILIPS AVENT STEAMER & BLENDER INI PASTINYA MEMBERIKAN PENGALAMAN BERBEZA''

p/s: boleh tak guna duit raya razin beli mende alah ni :P...... hehe.
razin demam pagi ni :(

Wednesday, August 29, 2012

kubu pertahanan kota tinggi- mersing

kubu pertahanan



otw balik pahang dari kota tinggi ciknaa mesti lalu jalan ni..
jalan kota tinggi-mersing..


selama ni nak sangat singgah, tapi tak dapat sebab orang cakap malam-malam jangan berani sangat..
dengar jugak ada yang terbabas langgar kubu ni..
tapi mmg ada kesan retak sikit kat kubu ni ciknaa tengok..
hm..kukuh nya sampai sekarang tau..


paling pelik kubu ni betul-betul tepi jalan je.
sebab tengok benda ni besar je betul-betul tepi jalan..
hari tu balik awal sikit, pukul 3, suami ciknaa singgah jap bagi bini dia ni tengok sejarah malaya.. =)
jakun kan tak pernah tengok.. muzium takde mende nih..
tepi jalan ni je ada..
tiap kali tengok kubu ni mesti pikir, orang dulu guna ape ehh nak bina kubu sekebal ni..
hebat sungguh mereka..





p/s: masa ni razin tengah tido, bole la ciknaa keluar kereta tengok kubu ni kejap..tapi tak berani nak sentuh *_*

Friday, August 3, 2012

induce + vacuum





ciknaa bersalin secara induce & vacuum.. oke, induce sebab darah tinggi naik dah dekat-dekat edd..sampai sekarang pelik lagi sebab tak pernah pun darah tinggi.. dalam labour room darah naik sampai 160/130. giler tinggi.. so, doctor proceed ciknaa bersalin secara induce sebab jalan dah buka 4cm.. induce memang sakit giler weyh! dia datang tibe-tibe terus menusuk kat pinggang macam nak patah 2 rasa..hoho.. lepas 4jam ubat induce tu masuk dalam badan, dah full dilate. boleh meneran..tapi ntah macamane, ciknaa idok la reti meneran weii.. sejam setengah kerah tenaga untuk keluarkan razin tu..hampa. doctor gunting then terus vacuum..dah lepas 3 bulan,baru hari ni ciknaa google pasal vacuum ni.sendiri pun tak tau cemane rupa benda vacuum tu.
bila tanya suami,dia cakap macam besen tu.. hihi.



ok, banyak lagi info pasal vacuum, forcep, induce ni. sila pegi kat bayi-ibu.com

Wednesday, July 25, 2012

menjaga luka episiotomi @ bersalin

ngeri rase bila ingat balik saat-saat kene jahit lepas bersalin tu kan..
dulu masa anak dara asik terpikir cemane la rupa kene gunting, jahit tu semua..
langsung tak dapat bayang..
bila sendiri dah bersalin, semua tu pengalaman yang agak menyakitkan laa :P



ciknaa bersalin normal..tapi vacuum episiotomi..
sebelum doctor sedut kepala baby tu dia zaaaaapppp..gunting dulu.
tak rasa kott masa tu.. cmfirm r dia bius dulu..
memang tak rasa ape-ape..
cuma masa doctor jahit tu..fuihhh!! bergegar jugak la peha ni menahan ngilu..
doctor cakap dia jahit 3lapisan..memang sampai punggung la kottt.. ;))
kalau rasa sakit bagitau,nanti dia akan tambah ubat bius tu..
tapi ciknaa tahankan aje, sebab orang cakap kesan bius yang banyak boleh buat luke lambat baik..




disebabkan luke tu agak susah untuk dijaga, 2 minggu pertama suami ciknaa yang sapu ubat tiap-hari.
dia akan bersihkan luka dulu,baru sapu ubat..
ciknaa ada pakai jelly gamat tu, elok..rasa cool je.


antara cara menjaga luka episiotomi cara ciknaa:


* luka mesti dicuci & sapu ubat setiap hari. [ciknaa buat 2x sehari, lepas mandi pagi & petang]
* rendamkan punggung dalam air garam [ciknaa tak buat yang ni, tak sempat]
* jalan paling slow yang boleh..sebab luka boleh terbuka balik [haha.. rasa nya ciknaa ritu, semut pun lagi laju kott]
* 2minggu pertama, mesti abiskan ubat yang doctor bagi lepas bersalin tu.. [kalau lambat je makan, sure kat tempat luke tu rase ngilu & sakit yang amat sangat]
* pad @ tuala wanita sentiasa kerap ditukar bila dah mula 'berat'. terutama setiap kali buang air untuk mengelak jangkitan kuman pada luka. [pad rasa beratus kot sepanjang dalam pantang tu..huhu]



sebenarnya banyak lagi tapi kene terjah blog drzubaidi.com. lebih terperinci..

Saturday, March 10, 2012

watch your back

bila dah masuk trimester last ni baru rasa sakit2 belakang,
sakit dekat pelviks etc..
sakit pinggang n pelviks ni kalo gitau doc,
paling banyak pun dia akan jawab 'normal la tu'
tak suka tau.. cer terangkan bebetul..
nak jugak tau kan? hm..



sebab2 berlaku nya sakit pinggang :

  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.

Sakit belakang semasa hamil adalah fenomena biasa, tapi anda boleh mencegahnya :







 credit to PositiveParenting.

p/s: kat ofis :lepas letak bantal kat belakang pinggang baru la rasa selesa sangat2..

Wednesday, February 22, 2012

kelebihan kurma, kismis & madu.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


Kebaikan kurma 


  • membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
  • tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.  
  • Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  • tidak mengandungi kolesterol.
  • Kurma boleh diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.


KisMis



''Sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering'' Imam Az Zuhdi.


  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
  •  Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
  • Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
  • Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
  •  Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


Madu



  • Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.
  •  Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
  •  Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
  • Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
  •  Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
                                                                     sumber: permatahati


ciknaa: makan kismis je setakat ni.. hehe.=)

Wednesday, January 11, 2012

Cara cara membuat stok semasa dalam pantang


 dah janji kan nak share ngan m2b: nah.. ilmu ni.. =)





1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
- (Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
- (Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.





2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh






3. Berapa lama harus mengepam?
- Case 1 – 15 minit sebelah breast
- Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast





4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.





5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.





6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
- Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.



7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan
nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).



8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.




9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.




10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.




12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar.




Tips utk ibu yang mahu meneruskan penyusuan setelah mula bekerja:
Semasa di ofis (berjauhan dari baby)
  • Pam 3 jam sekali
  • Ataupun semasa breast rasa penuh
  • 20 minit sebelah breast (biarkan saja pam ON walaupun tak keluar apa apa)
  • 10 jam berada di ofis, anda akan mengepam sekurang2nya 3 kali
Semasa malam dirumah & weekend
  • Pam 3 jam sekali
  • Ataupun semasa breast rasa penuh
  • Atau 15 minit sebelah breast selepas menyusukan baby
  • Utamakan pengepaman di malam hari (pukul 12 pagi hingga 6 pagi) kerana hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini dan komposisi susu ibu lebih banyak lemak.
Nota untuk lactating moms yang bekerja : Target untuk dapatkan sekurangnya 50 botols ebm di dalam freezer kerana akan sampai masanya production susu harian anda merudum 






ciknaa says: semoga niat murni seorang ibu spt ciknaa ni dipermudahkan..amin. syyyhh..skrg pn dh ada tanda2 susu mula nak keluar.. adakah banyak nanti ek? insyaallah rezeki anak.. si suami pn support BF ni..

Thursday, December 1, 2011

buah delima.. baru ni la kenal & merasa makan =)

serius.. ciknaa pernah dengar pasal buah delima. tapi memang tak pernah makan. tapi masa kecik2 dulu tak tau la kot2 mak ngan abah pernah sumbat dalam mulut ciknaa ni. hehe. sejak pregnant, mak bape kali suruh beli buah ni. kata nya elok untuk otak anak. bijak kata nya.. tapi ciknaa buat dek aje. sebab takde la terasa mcm nak makan pulak. last week kan kat kampung. mak belikan 2 biji. haa.. sebijik tu kami kongsi laki bini.. hoho. eh! sedap la pulaks.. hehe. paling best, encek saiful berebut makan ngan ciknaa.haip! suami.. macam awak pulak yg mengandung.. (^_^)








fakta menarik pasal buah delima ni :

  • “BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.”

    Read more about Fakta Menarik Tentang Buah Delima on:
    http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-buah-delima.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&
    “BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.”

    Read more about Fakta Menarik Tentang Buah Delima on:
    http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-buah-delima.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&buah de
    buah delima atau ar-rumman dalam bahasa arab disebut 3 kali dalam al-Quran.
  • buah ini penyembuh penyakit Nabi Ayyub A.S
  • ditanam di seluruh dunia.
  • terkenal dengan khasiatnya yg kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium & fosforus.
  • penawar untuk penyakit jantung, cepat tua & barah.
  • mampu mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi & penghadaman.
 source: faktamenarik.


buah ni kat kl ciknaa tak pernah beli, pernah dengar orang cakap buah ni agak mahal. tapi kat kampung mak ciknaa beli dengan harga 2ringgit sebijik. murah la tu kata nya.. 2hari berturut dok ulang kedai untie tu beli buah delima ni. ada sebijik ciknaa sempat bawak balik kl. tak boleh rebut2 lagi ngan suami sebab dia dah balik johor :(


p/s: kalau betul orang cakap buah ni bagus untuk otak bayi (nak anak bijak la maksudnya) ciknaa nak amalkan makan buah ni. paling tidak pun baik untuk kesihatan & penghadaman kan?

Thursday, May 26, 2011

untuk wanita : mencegah lebih baik ( kes simbah asid )

salam dan selamat pagi.. pagi lagi ciknaa dah buka email opis.. maklom la bape hari tak bole bukak..
ada benda nk share ngan korang sume. skrg kan tgh hot kes simbah asid..terbaru, dengar2 kes dekat depan kln besar area umah ciknaa kat jln gombak tu aje. berlaku lagi kes durjana ni.. eee geram giler rase. skrg ciknaa mmg pg keje, balik keje je. takut sgt rase.. orait, takmo cite pnjang2 lg. baca ni ok?


~
KUALA LUMPUR: Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.
Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas.
Namun, seorang pakar kimia Prof Dr Zainudin Arifin berkata orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.
"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa, dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya kepada Bernama, Selasa.
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.
"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.
"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.
"Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," kata beliau.
Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar. Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.
Katanya terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik.
Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.
"Jika ada seorang yang lemas, adakah kita akan melarang semua orang daripada berenang? soalnya.
Beliau berkata cadangan ini juga tidak membantu memandangkan asid merupakan bahan penting bagi kebanyakan industri pembuatan dan pertanian.
Asid boleh diperoleh dengan mudah di kedai-kedai menjual alat perkakasan dan ia juga digunakan untuk tujuan pembersihan.
"Mengenai kegunaan asasnya, asid sangat berkesan sebagai agen bagi membersihkan kotoran.
"Dan sebagai negara perindustrian, kita menggunakan banyak asid terutamanya asid sulfurik, yang juga merupakan sejenis bahan yang paling banyak dikeluarkan dan bahan penghakis paling berkesan," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menghadkan penjualan asid berikutan insiden yang berterusan berlaku itu. - BERNAMA


hope kite bukan antara mangsa nye.. doakan la spy orang yg sakit jiwa ni cecepat kene tangkap! huh..

takmo sgt jd cmni :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016