GOOGLE Adsense

Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

9 bulan sudah..

 14 weeks =)



4D scan : 29 weeks



32 weeks : bebird baby :P



Alhamdulillah..
syukur ke kepada Yang Maha Esa..
baby membesar & aktif sangat dalam perut ciknaa..
semalam dah masuk 36w @ 9 bulan la kan?
lagi 27 hari je lagi baby dah boleh keluar..


minggu depan last dah ciknaa keje..
barang smua dah siap untuk balik johor..
bersalin & pantang umah MIL [insyaAllah]
mak mungkin akan datang tgk cucu dia sejurus dilahirkan..hehe.




p/s: balik kampung kenduri doa selamat baru ni ramai makcik2 yg tegur.. 'perut tak turun lagi, lambat lagi keluar nih..' aiyarkk.. lambat lagi ke? ciknaa dah tak sabar nak BF baby.. hari2 baby dah makin susah nak bergerak dalam perut.. mcm padat sangat dah kat dalam ni.. huhu.

Saturday, March 17, 2012

betul ke orang cakap anak lelaki senang keluar?

ni persoalan @ kenyataan orang2 yg dah ada pengalaman bersalin..
mak ciknaa umpama nya, lahirkan 3 anak dara..
fuuuuh! setiap anak akan lahir selepas 3hari start turun tanda [darah]
kesemua anak2 mak lahir kembar darah..
memang teruk sangat bila tengok dia sakit nak bersalin dulu..
pucat2 muka mcm takde darah dah pipi tu..
anak lelaki? dia takde pengalaman sbb adik beradik ciknaa semua pempuan..


next, nenek ciknaa belah mak.
ada 11 orang anak..
bila ditanya pasal pengalaman dia dulu..
simple je dia cakap.. lahirkan kumbang memang senang.
tak menyempat2 nak keluar sgt..meluncur je keluar..
lahirkan bunga, hm.. semua main2 dulu..
nak taknak je keluar.. gitu la dia jawab..



makcik ciknaa ada sepasang anak lelaki & perempuan..
sulung gegel, adiknya lelaki..
semalam baru dia cerita..
lahirkan kakak tu betul2 rasa nak mati.. fuh! sakit sangat..
tapi lahirkan adik dia memang senang..
mcm mimpi je, sampai hospital, tak lama terus beranak!
haha..


pastu sebelah mertua pulak cerita.
makcik suami cakap, anak perempuan ni lain..
oke, cuba kalo orang perempuan nak keluar rumah cemana?
iron baju, mekap2, duduk depan cermin berjam2 dulu kan?
kalau orang laki, siap pakai baju, without cermin pun dorang still boleh sikat rambut.
sembur perfume sikit, terus blah kan?
mcm tula bersalin.. budak perempuan ni main2 dulu sebelum keluar dari perut ibu dia..
[cerita ni ciknaa mcm nak sokong sgt2]
sebab kalau nak keluar umah, suami ciknaa bersiap tak sampai 10 minit pun..
mandi2..pakai baju, tup tup dah dalam kereta pun.. hehe.



ok, itu yang ciknaa dengar la kan..
ada cerita lain tak? atau blogger ada pengalaman sendiri..
meh share kat sini.. nak jugak tau..
[sbb dah mengandungkan anak lelaki ni, kira mcm nak sedapkan hati la senang beranak]
:))


p/s: laki ke pempuan ke beranak tetap beranak..ye dakk? sakit nya tetap ado..

Saturday, March 10, 2012

watch your back

bila dah masuk trimester last ni baru rasa sakit2 belakang,
sakit dekat pelviks etc..
sakit pinggang n pelviks ni kalo gitau doc,
paling banyak pun dia akan jawab 'normal la tu'
tak suka tau.. cer terangkan bebetul..
nak jugak tau kan? hm..



sebab2 berlaku nya sakit pinggang :

  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.

Sakit belakang semasa hamil adalah fenomena biasa, tapi anda boleh mencegahnya :







 credit to PositiveParenting.

p/s: kat ofis :lepas letak bantal kat belakang pinggang baru la rasa selesa sangat2..

perut kerap mengeras..

 baby dah 2kg :)


lately, perut semakin besar..
betul la kakak2 kat ofis cakap, lepas je 7/8 bulan baru perut akan nampak besar..
itu ciknaa akui.. memang perut ni naik mendadak masuk je 8bulan..
tak boleh nak tutup dah.. hehe.
bukti nya, dah mula ada tanda2 stretch mark kat perut.. O.em.ji :))



nampak nye baby nak balas dendam oke..
dulu dia malu2 nak tonjolkan diri..
bab ni ciknaa ada cakap ngan suami..
'nanti abang cari perut lain' (-_-) sad!
dia pujuk ciknaa..
'sayang..tu bukti nya isteri abang lahirkan zuriat abang.. normal la kan perut pecah utk org peknen'
kejap je meleleh, terus boleh senyum :D
psiko punya suami.. ayarkkk..



masuk je 33 weeks ni baby kerap sangat mengeras..
malam pun mcm dia tak bagi ciknaa tido mengiring..
nak suh tido terlentang aje..
mane boleh nak oii..semput mama..
kalau tido mengiring, dia mesti tendang2 pastu mengeras sekeras2 nya..
fuuuuhhh.. marah nampak!
babap kang.. hoho. awal2 dah garang ngan anak..



lagi 1 skrg baby dh ada hobi baru bila malam..
bila ciknaa mula nak tido, kaki dia akan naik kat perut..
mmg rasa sangat kaki dia tu..
bila ciknaa tolak, dia alihkan kaki dia ke kiri.
lepas tu kanan.. haha. nak main2 ngan mama ea baby..
tunggu lahir nanti, mama gigit2 kaki awak tu sampai lebam! hoho ;)


p/s: ada tak m0mmy yang tau kenapa baby mengeras? dia menggeliat ea..

Saturday, March 3, 2012

maternity outdoor shoot esok..



masuk 32 weeks baru la terhegeh nak shoot.. haha.
bukan sengaja okeh..
cenggini la kalo suami isteri tak duduk sebumbung..
nak cari masa 2,2 free memang la rumit..
[suami je yg bz, ai free je sokmo..tihihihi ]


malam tadi siap mimpi bagai dah..
hope la kali ni jadi nak shoot..
bape kali postpon dah..
rugi la kalo tak jadi,
sebab 50 % deposit dah bayar..


p/s: 3minggu dah tak jumpa suami.. petang ni bantal peluk ai pulang.. hehe. esok 7pagi dah keluar rumah. OP cakap nak moment pagi. bagus jgak, takde la mak buyung ni berpanas terik.. masa kawen dulu takpe la, badan ringan lagi..hohoks! =)

Thursday, March 1, 2012

hospital bersalin dah pilih.. GL pun dah dapat.. yeay!


arini takmo touching2 dah..
lupakan pasal hal check up semalam yg mendukacitakan tu..
bila dah masuk 8 bulan, GL dah boleh ambik kat health centre office, IIUM.
ciknaa dah decide nak bersalin kat mana..
2,3 minggu ni senak jugak la kepala ni dok pikir je mane nak bersalin..
private @ GH?



disebabkan ini anak sulung,
rasa mcm tak confident je nak beranak sorang2 kat GH..
[ manja la konon.. ceit! :)) ]
ciknaa tanya kat suami..
sebabnya kalo boleh nak sangat dia temankan setiap saat ciknaa dalam hospital tu..
masa ni la nak manja pun..
dari kawen sampai skrg pun bape kali sangat la duduk sebumbung ngan suami.. hm...
dia memang serah bulat2 suruh ciknaa pilih sendiri.
dia ikut je.. sebab takmo bagi tekanan lagi..



Johor Maternity Specialist Centre, kluang adalah tempatnya, InsyaAllah...



tempat yg sama ciknaa buat scan 4D scan baby hari tu.. terus jatuh cinta dengan hospital ni.
doctor sangat mesra, senang berurusan..
plus, doctor kat sini semua nya doctor pakar gynae


at least, merasa jugak la bersalin kat swasta..
sebab nya UIA cover payment utk bersalin kat private.
1300++ utk normal, 2300 ++ utk czer..
rasa cam rugi pulak bila tak guna.
mana la tau sok lusa nak benti keje jadi suri rumah ke hape kan,
xdapat dah nak beranak kat private hospital.. hehe.


tapi ini smua perancangan aje..
ciknaa tak kisah pun deliver baby kat mana2..
janji baby & ciknaa selamat je..
hope sangat dipermudahkan,
takmo czer kalau boleh..


hospital baru kluang.. 



in case ada masalah, atau tiba2 berubah hati,
plan B akan diteruskan.. GH : hospital kluang..
hospital ni baru je pindah tempat baru awal January baru ni.
[dulu pun ciknaa dilahirkan kat GH jugak]
sihat je sampai skrg.. huhu.

Wednesday, February 29, 2012

check up 32 weeks : menangis hari ni :'(

salam..
baru balik dari klinik.. check up minggu ke 32.
semua ok.. tapi doctor dah mula perasan berat ciknaa tak naik sangat sepnajang mengandung ni.
bayangkan la 1st check up berat 84 kg.. now, dah masuk 8bulan berat 87kg je..
hati memang suka sebab orang cakap senang nak slim lepas bersalin nanti.
tapi ciknaa silap..




see! 84-87kg.. baru 4kg..



































doctor cakap berat sepatutnya naik 8kg ++ spanjang 40weeks tu.
kalau baby lahir tak cukup 2,5kg baby boleh ada masalah dengan sistem pernafasan dia..
& kene masuk incubator..

tak boleh bayangkan kalo baby duduk dalam ni :'(


ya Allah macam tu sekali ke effect nya?
so doctor bagi surat refer pegi hospital selayang..
terpaksa jugak la kesini walaupun taknak sangat2 pegi. :(






dahla suami jauh, time camni rasa down sangat2.. hope la suami dapat balik sini temankan ciknaa..
p/s: sensitif sangat skrg ni.. dear mommy, plz doakan baby ciknaa ok yea.. kalo boleh nak je telan vitamin c sebanyak mungkin.. biar naik 10kg takpe..janji anak mama sihat.. hm..

Thursday, February 9, 2012

4D ultrasound done.. puas hati nak sgt scan murah! hehe.

salam..

seminggu dah tak jumpa mommy2 sume..

ciknaa kat kampung suami, cuti seminggu ada wedding.

baru je balik klinik. pegi bukan untuk scan pun sebenarnya.

nak check je sebab bawah pusat ni sakit sangat2.. mcm nak keluor je baby..

nak2 lagi time berdiri & jalan.. fuh! mmg terbaik la sakit tu..

bila tengah Q tu tengok ada sorang mommy ni keluar dari bilik doc, bawak gambar sekeping. 4D yaw..!

cepat je cubit lengan suami suh dia pegi tanya kat kaunter. memang ada..55 hengget budak tu cakap.. 

bia betul??? oh! ini tak boleh jadi  ni..biasa kat kl paling murah pn 100 ringgit..

lepas siap smua nak bayar je, total rm50 sahaja.. hoho. senyum la suami tu.

balik kluang dapat lagi murah! suke3.. hehe. nak tengok tak rupa anak ciknaa & jantina beliau? :D





ciknaa junior.. 




dengan ini diumumkan..baby adalah..




BOY ! 


p/s: mimpi ciknaa 2kali berturut2 dapat anak laki tu betul la gaknye.. scan tadi mmg clear sangat kantung tut tu.. hehe. pasni mama nak kene cari blue2 kaler jela baby ek.. pape pn syukur sbb nmpk baby sempurna semua nya.. lagi 2bulan kite nak jumpa ea.. love u muaxx! :))

  

Wednesday, February 1, 2012

Gusi Berdarah Ketika Hamil

entry ni agak meloyakan bagi sesetengah orang..
lagi2 m2b yang tengah mabuk2 tuh.. hehe. [sori ye mummy]
sebabnya nak jugak keluarkan cite ni..
lately boleh dikatakan tiap2 hari tym berus gigi mesti darah..
ish! tak suke betul laa.. 
leceh la nak kene kumur betul2..
nak bersihkan berus gigi lagi..
plus loya tu kompem laa.. :||






Punca perubahan keadaan gigi dan gusi ketika hamil :

  • Perubahan hormon ~ paras hormon yang meningkat sewaktu kehamilan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar. 
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
     
  • Pemakanan juga sering diambil mudah wanita mengandung malah selalunya mereka akan mengidam sesuatu yang manis tanpa langsung menyedari bahawa gula itu musuh ketat kepada gigi. 



ATASINYA DENGAN :



* Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari .
* Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati .
* Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif .
* Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais .
* Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan .
* Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda .
* Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala .




p/s: ada tak mummy yang guna ubat gigi khas untuk mak2 buyung tu? ok tak? mcm nak try je..

Saturday, January 28, 2012

injection kancing gigi





Sepatut nya smlm punya update..
Tapi arini baru nak keluar.. tgn bengkak lepas kene cucuk. :'(
Semalam check up utk 6 bulan..
Doctor ckp last check up monthly punye.. next, dtg 2 minggu sekali..
Owoss.. baru tau lepas 28 weeks, mmg semakin kerap check up..
Lagi 1, ciknaa perasan, doctor makin detail.. segala2 dia nak check.. fuuhh.. [tp best!]
Rasa dihargai gitew.. hehe.



'Apa rasa kene cucuk kancing gigi tu haa?'
Itu la dalam kepala sepanjang beberapa hari nak pegi klinik..
Smua orang yg penah peknen ciknaa soal selidik..
Ada yg cakap kebas..sakit sgt la bagai..
Sendiri pegi smlm baru rase..



Dos pertama.. [semalam]
Dos kedua taktau la bila..
Mcm biasa dia sapu ape benda yg busuk tu.. alkohol ea..
Pastu dia picit kulit lengan yg nak dicucuk tu..
Masa dia start inject tu biasa aje.. time dia push ubat tu masuk badan kite..
PERGGGHHGH...!!
Terpejam jugak la mata nahan sakit..
Takmo jatuhkan air mata.. malu. sbb yg cucuk tu nurse lelaki..
Tak macho la nanti ciknaa nangis depan dia.. ehehehe..



Pastu rasa biasa aje..
Drive balik ofis.. takde la sampai tak boleh nak drive..
Tapi upe nye kejap je..
Balik umah semalam, rase berdenyut2 je lengan ni..
Sampai sekarang ni sakit dia masih rasa..
Tak boleh sentuh langsung kat tempat injection tu..



p/s: ada tak mommy2 yang tau utk apa injection kancing gigi ni ek? smlm tak teringat pulak nak tanye kat doctor..

Friday, January 27, 2012

dobi mendobi baju baby

dah balik dari cuti CNY..
lama sangat rasa cuti 5hari.. [sbb tu tak berblog oke] hehe.
kl-phg-kluang-kl..
long journey.. bl dah nak masuk 7bulan ni rasa mcm cepat sangat penat.. 
padahal ciknaa duduk aje.. temankan si suami tu drive.. sumbat makanan dalam mulut dia..
dah ngantok tido... ^_____^ bertuah mak budak ni kan? ehe :D


balik kali ni sempat la cuci baju baby kat kampung..
1box pakaian baby ni sepupu ciknaa yg bagi..
anak dia dh besar.. dah tu pulak banyak jugak yg masih dalam plastik tak sempat pakai pun lagi..
jadi dia sedekah kat kami laki bini..
rezeki jgn ditolak.. ciknaa dah separate kan mana nak pakai, mana yg tak perlu..
sebab kami sendiri dah beli separuh..
ikutkan nafsu nak je basuh semua..tapi ciknaa tak larat..
suami ngan mak pulak ajak berjalan je.. 
hasil nya 30 % jela yg dicuci..
takpe la nak.. slow2.. anak mama bukan nak keluar lagi kan? 







1 box full ngan barang baby ni.. complete! 



dalam box ni semua dah ada..
barut baby dia bagi 25helai.. saiz kecik ngan besar..
lampin dah pakai 10.. belum pakai dlm pack tu 6 helai..
mittens booties yg cukup pasangan nya ada la 30 psg..fuuhh..ciknaa beli sndiri tak campur lagi tu.
baju takde la banyak sangat. sbb ciknaa dah reject separuh.. dah tak boleh pakai lagi.
lagipun yang ciknaa shopping sendiri pun dah cukup kot..






kiddie wash jenama cosway.. 


ciknaa pakai yang ni.. harga dia 1000ml dalam RM13.90..
wangi.. buih dia tak terlalu banyak.. paling best, rendam kejap je kotoran dah tanggal.
pastu bila nak bilas, buih dia senang hilang.. fuuuhhh..takde la sakit pinggang nak duduk lelama dalam bilik air kan.. rendam kejap, genyeh sesikit.. campak dalam machine, spin.. jemur- done. ;))



  fuhh.. dah siap basuh..
part lipat2 baju si kecil ni ciknaa paling suke [skrg suka lagi la kot] hehe.
sbb nya baju dia kecik2 je.. comel! grrrrr... 


  papa baby dah kene kerah tenaga oke.. lipat bang lipat.. :))



p/s: itu baru baju orang bagi.. sendiri beli belum dicuci lagi.. slow2 la kan? still ada 22 weeks lagi nak sampai ke tarikh keramat tu.. rasa tak sabar sangat nak jumpa ciknaa junior ni :))

Tuesday, January 17, 2012

..waktu yang sesuai untuk siapkan kelengkapan baby..

 petikan dlm buku 'diari hamil' ciknaa :)




mcm best pulak tengok mommy2 cuci baju ek..
tadi nampak Puan Sue pulak cuci baju baby dia..
dia pun dah 33 weeks..
ciknaa lambat lagi.. baru je masuk 26 weeks minggu ni.
tengok statement kat atas tu lagi 2 minggu dh boleh prepare la kan.. [oh! suke3.. :D]
lagi pun orang ckp 7 bulan dh bole bersalin.. takpe, siapkan awal tak rugi.
lagipun riso jugak kang dh 8-9 bulan perut beso, xlarat dh nak duduk menggenyeh baju dak kecik nih..
mcm mommy cha cakap, nanti perut ngan sinki berlaga yu! haha..



tapi, keterujaan nak mendobi tu sangat la tinggi nafsu nya..kikiki..
minggu ni balik kampung mak..
baju2 baby 1box yg sepupu ciknaa bagi tu ada kat sana..
so, plan nya nak cuci minggu ni.
insyaAllah..harap tak hujan laa.. [skrg banjir kat kampung]




lepas cuci, lipat melipat, sumbat balik dlm box pastu serahkan kat papa baby..
nanti dia akan bawak balik johor.. ciknaa kan pantang sane [umah mertua yu! hehe]
lagi separuh baju yg ciknaa borong kat kl ni mmg taknak bawak balik johor lagi.
buat nya baby nak jadi orang key-ell, mau terberanak kat sini ciknaa..
mane nak cari baju lagi weii..
so, untuk selamat, baju tu baik ada dengan ciknaa..

Thursday, January 5, 2012

sebenar nya bape minggu dah boleh beranak ea..???

kompius bebenor la weh..
tanye orang tu, ada yg ckp lebih 40 minggu..
tanye orang ni 38 minggu dah ada tanda keluor..
tanye yg sinun pulak, ikut due... tepat! haih..


memang susah jugak nak teka kan?
ada orang cakap anak sulung ni lambat..
ada orang lain pulak cakap, anak laki senang cket..
anak pompuan yg lambat keluor..


[banyak nye membebel mak pagi ni..haha]
sebenarnya ciknaa pening..
bulan 4 dh nak beranak..
planning suami memang nak bini dia ni bersalin kat johor..
jadi surat kene buat siap2..


ikut kan ofis bagi 2minggu sebelum due.. dah boleh cuti..
tapi tula, kalo amik awal sangat karang mcm rugi pulak..
tetiba mak beranak awal bulan 5.. haa ko, melangguk jela kat umah tu hadap muka mertua khann..
jemu pulak nanti.. hahaha.. [banyak cekadak kan?]


gigih menconteng kalendar ni..bulan 11 lagi dah kotor..hehe.


[nampak sangat tak sabo nak beranak! kihkih]


p/s: yang mana ada pengalaman tu share la ngan ciknaa.. nak jugak tau.. senang ciknaa buat perkiraan.. hehe. btw, cuti 3bulan disertai gaji penuh amat la berbaloi bagi ibu2 seperti ciknaa.. ngeh3 :D

Wednesday, January 4, 2012

kehamilan 24 minggu

entry baru untuk tahun baru.. welcome 2012..
anak mama dah masuk 6bulan minggu ni. yes!
syukur.. baby semakin lasak sekarang.. hoho. tegur cket, dia bergerak 2,3 kali..
tengah malam pukul 3 pagi pun baby tak tidur lagi..
kelmarin, papa dia letak telinga kat perut ciknaa..
masa tu la dia cakap baby main lagi walaupun dah lewat..
[ciknaa harem tak perasan..tido mati wey..haha]



apa yang berlaku untuk bulan ke 6 :







*Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram.. [patut la mama rasa semakin berat, lagi2 masa solat]
*Bentuk badan sudah sempurna.
*Otaknya tumbuh dengan pantas [memang.. pantang tegur, mesti dah ada respon]
* Panjang kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter [wah! mcm pembaris panjang tu, dh  besar anak mama]
*Janin akan berada alam posisi meringkuk, dengan tangan didepan dagu dan kaki di depan dada.
*Janin akan bergerak dengan suara musik dari luar.
*Kelopak-kelopak matanya kian sempurna dilengkapi bulu mata.



p/s: anak mama.. lagi 4 bulan nak lahir.. mama & papa tak sabar nak dakap awak kemas2 tau.. jangan nakal2 kat dalam.. =)

Wednesday, November 30, 2011

perkembangan baby 19 minggu

yeay baby mama dah besar.. makna nya dah separuh proses pembesaran baby dah berlaku. syukur alhamdulillah.. lagi 20minggu permata hati mama ni dah boleh melihat dunia! tak sabar sangat2 nak tengok, peluk, cium baby tau.. hihi.




19 minggu :
  • Janin makin bertambah besar. Di minggu ini beratnya sekitar 300 g. Panjang janin dari puncak kepala hingga punggung mencapai 16-18 cm. ( hm..patutla perut ciknaa rase bertambah besar je)
  • bahagian lidah sudah terbentuk ( ohh..baby mama dah bole isap jari la ek)
  • Jantung makin kuat dengan bertambahnya usia janin. (yes..agree! sebab ada masa nya mmg ciknaa dapat rasakan degupan jantung baby)
  • Air ketuban membuat janin merasa hangat dan selesa. Ketuban memudahkan gerakan janin sehingga dapat bergerak bebas. (berenang2 la baby kat dalam perut mama ;)
  • Cairan ketuban boleh saja ditelan oleh janin. Berdasarkan penelitian, cecair ketuban boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan sistem pencernaan janin.
  • Sementara air ketuban yang masuk ke dalam paru-paru akan melatih pernafasan.
  • kuku sudah mula terbentuk.
  • Gerakan tangan dan kakinya makin bertambah kuat lantaran otot-ototnya terus berkembang. ( betul2! ada waktu nya perut ciknaa akan rasa mengeras,lepas tu rasa mcm baby tendang. tapi dalam sehari dapat rasa dlm sekali 2 je)
  • Di minggu ini, letak rahim kira-kira 1 cm di atas pusat.Ketika rahim membesar, kulit serta otot-otot perut meregang. Akibatnya, perut terasa gatal. Kejadian ini dapat diatasi dengan cara menggunakan losyen khusus. ( last week pegi check up mmg doctor cakap rahim dah membesar hampir dekat ngan pusat. kulit dh dah mula rasa cam gatal2,adoii takut sangat dengan stretch mark.jgn lah kau hadir di perutku..hehe.ciknaa just gunakan minyak zaitun je)


p/s: suke cakap ngan baby skrg sbb insyaallah anak mama dh bole dengar.. ;) 

Tuesday, November 1, 2011

ultrasound 1st 3 month

dah masuk 15 minggu hari ni..
sebenar nya dah nak masuk 4 bulan, bukan 3 bulan lagi. (feeling2 baru peknen) haha..
sabtu ritu ciknaa dah pegi scan baby dengan encek saiful.
1st time si suami tu tengok mesin ultrasound, teruja je muka dia.. haha.


imej 1: lengan dan jari2.. 
imej 2: muka dan dada baby =)


seronok & teruja sangat. 
sebab jantung baby sangat aktif. baby dah lengkap ada sepasang tangan dan sepasang kaki.
ciknaa dah boleh tengok tulang peha baby.
masa scan, baby tunjuk jari2 dia mcm melambai gitu.
pastu dia tunjuk muka dia. clear nampak sepasang mata.. pandang mama dan papa dia kot :D
tulang belakang dah clear..



p/s: balik je encek saiful suka belai2 n cakap2 kat perut ciknaa sebab doctor cakap baby dah boleh dengar.. syukur prmberian Allah.. alhamdulillah.

Wednesday, October 26, 2011

2nd check up

minggu ni usia baby dah masuk 14 minggu. so, ciknaa wat check up la hari ni. dah tak pegi KK lagi dah. tak larat ramai sangat orang mengandung nak check up :D keputusan muktamat. lepas ni check kat dalam uia je.

paling best arini cuma ada 3 org je mommy2 yang datang check up. owh! suke3.. hehe. (*_*) berat dah naik 2 kilo.. lega bila doc cakap normal. memang buat masa skrg sepatut nya naik 2 kilo aje. darah ok, tekanan darah ok. semua ok.

tapi yang tak ok, bila doc dapat tau keturunan ciknaa ada diabetes time pregnant. aiyarrrrkkkk.. siap lepas ni kene pegi check up lagi kat hospital. tapi boleh pilih HKL or hospital selayang. sebab taknak pening2, pegi hospital selayang jela. kebetulan encek saiful balik minggu ni (insyaallah) ciknaa dah inform suruh dia temankan jumaat ni.. nak jugak merasa suami teman masa check up =)






setahun yang lalu time bertunang =)


p/s: janji entry bergambar.. ekekeke.

Saturday, October 15, 2011

Ganjaran Allah kepada ibu hamil





1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.



4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. .



5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.



6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.



7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Wallahu'alam..............Allah, besar nye ganjaran terhadap mereka2 yg mengandungkan zuriat sendiri. 






Thursday, October 13, 2011

doa ibu hamil

اللهم احفظ ولدي ما داما في بطني واشفه أنث شاف لا شفاء إلا شفاؤك لا يغادر سقما. اللهم صوره  في بطني صورة حسنة وثبت قلبه إيمانا بك وبرسولك. اللهم اخرجه من بطني وقت ولادتي سهلا وتسليما. اللهم احعله صحيحا كاملا وعاقلا خاذقا عالما عاملا. اللهم طول عمره وصحح جسده وحسن خلقه وافصح لسانه وأحسن صوته لقراءة القرأن والحديث ببركة محمد (ص) والحمد لله رب العالمين


Ya Allah,peliharakanlah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. ..Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dgn penawar Mu. YA ALLAH, RUPAKAN KANDUNGANKU DENGAN RUPA YANG BAIK, TETAPKAN HATINYA BERIMAN KEPADAMU DAN RASULMU..Ya Allah,lahirkanlah dari kandunganku ini dgn kelahiran yg mudah dan sejahtera. Ya Allah,jadikanlah anakku sihat sempura,cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah perangainya ,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya utk membaca Al-Quran dgn berkat NAbi Muhammad S.A.W"




Ehsan kak aisyah. tq..

Tuesday, September 20, 2011

kehamilan 9 minggu

hoyehh.. kejap je dah masuk minggu ke 9 peknen.. hoho. tapi jauh lagi masa untuk happy sangat2 kan? sebab mcm mak ciknaa cakap, macam2 boleh berlaku dalam waktu2 awal kehamilan ni. so, ciknaa n suami berlagak biasa2 je. ok2.. sedikit tipu la. memang happy sangat, tapi just takmo terlalu teruja. TAK BAIKKK..!


tak banyak perubahan dah masuk 2bulan lebih ni. perut pun same je. kalo besau pun lemak2.. b4 kawen pun besau camtu jugak.. hahaha. =) tapi selera dah bertambah ok. muntah2 masih lagi bertahkta, tapi takde la kerap sangat. kira 1 kali sehari je.



dalam buku yang encek saiful beli kan, 'permata hatiku' tu, ada bgtau bila masuk 9 minggu, baby dah ada kaki n tangan. jari2 pun dah mula terbentuk tetapi masih belum berpecah sepenuhnya.jantung bayi sudah mula mengepam darah. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. Walaupun doctor belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

agak2 camne ek bentuk dia sekarang ni?



patut la perut menten je besau nye. hihi..



ooo..kat situ ek anak mama duduk :P



kecik nye.. 0.9 inci / 2.3cm aje. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016