GOOGLE Adsense

Showing posts with label ciknaa masak. Show all posts
Showing posts with label ciknaa masak. Show all posts

Thursday, September 7, 2017

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Paling Senang


Tudiaaaaa kek pandai cheese leleh ciknaa. nampak sedap? memang sedap! tapi takyah la puji beriye sangat sebab kek ni ciknaa buat pakai tepung kek instant aje.. itu pun nak melayan anak-anak cuti raya haji minggu lepas. alang-alang tu kita share kat blog, kot tahun depan nak buat lagi bila tengok post ni.


Ciknaa beli tepung kek pandan macam dalam gambar ni.. Serius lupa harga dia tapi bawah RM12 ringgit. Boleh bakar dan kukus, tapi disebabkan pemalas nak keluarkan over umah MIL, ciknaa pilih kukus. lagipun nak moist, kukus is better..

Kenapa ciknaa kata paling senang? sebabnya bila guna tepung kek ni cuma perlu TAMBAH 3 BIJI TELUR, AIR & MINYAK. lepas tu kukus selama 45 minit. Anak-anak suka sebab ciknaa bagi dorang masukkan tepung tu, pecahkan telur. pastu pukul pakai mixer..lagi lah dorang suka..


Lepas siap kukus, sejukkan sekejap dan buat CHEESE LELEH tu pulak.

sepaket cream cheese TATURA
susu pekat manis 1/4 tin ( memang kurang manis)
air 1/4 cawan

*blend atau putar je pakai mixer tu sampai agak-agak nak kembang.

Tuang atas kek, parut CHEESE CHEDDAR..kalau perasan hodoh gila sebab takde pemarut, ku pakai pisau aje.. kahkahkah.. lantaklah janji tabur atas kek..






Kek ni habis dalam masa 12 jam sahaja. yela, 3 buah rumah ciknaa bagi, alhamdulillah orang suka. cuma instant ni agak manis sikit. kalau ciknaa buat sendiri maybe boleh kurangkan lagi manis tu..lagi sedap!

Tepung instant, telur, (minyak masak dan air takyah kira la memang benda wajib ada kat rumah) cream cheese, cheddar cheese dan susu harga lebih kurang RM33 sahaja. jimat kan? tak susah pun nak buat tapi sakit M tu kena sorok sekejap 😄


sekian bersiaran #daridapurciknaa

Tuesday, May 30, 2017

#daridapurciknaa : Resepi Mudah Puding Roti Bakar Sos Kastard

Alhamdulillah..Tahun ni sekali lagi kita semua dipertemukan dengan bulan penuh barakah.. syukur nikmat.. Jadi cemana puasa korang? ok? ada yang dah raya dulu? huhu.. ciknaa masih lagi penuh setakat ini. Harini ciknaa saje nak share sikit menu-menu yang mudah lagi sedap untuk juadah pencuci mulut berbuka puasa..



Puding Roti dengan Sos Kastard

***************************

Bahan untuk puding roti: 

Roti Sandwich ( 10 keping)
Chocolate Chip / kismis ( segenggam)
Telur 2 biji
Susu Cair 1 Tin
1 s/k esen vanila
Gula 2 sudu
Marjerin untuk sapuan pada roti


**************************

Kuah @ Sos Kastard:

1 tin susu cair
2 sudu gula
2 sudu tepung kastard 



Step memasak adalah : 

1. Sapu marjerin pada roti. ciknaa sapu 1 bahagian je. lepas tu potong bahagi kepada 6 bahagian dan susun dalam bekas. 
2. Tabur chocolate chip atau kismis. 
3. Dalam bekas yang lain, campurkan susu cair, gula, esen vanilla dan telur. kacau sedikit, dan tuang ke atas susunan roti tadi.
4. Panaskan oven, bakar dengan suhu 180'c selama 45 minit 3



Sos kastard 

1. Masukkan kesemua bahan susu cair, gula dan tepung kastard. Masak dengan api kecil sehingga mendidih dengan dan sejukkan..


Sejukkan puding roti dan tuangkan sos kastard dan sedia dingapppp! kalau sos kastard tu sejuk lagi la nikmat..

selamat mencuba :)




Tuesday, November 15, 2016

Resepi Sandwich Telur Paling Senang



Ada masanya kita dah lalu nak makan 'beli' kan? Rasa macam tak boring dah menu sama je kat cafe. Ciknaa selalu rasa camtu. Nak-nak sekarang musim hujan, rasa taknak keluar ofis dah. Jadinya marilah kita berbekal ke tempat kerja. Tapi ciknaa tak sempat.. Banyak beno la alasan mamaRM ni kan. muahahahahaha.


Roti
Serbuk Lada Sulah/ Lada Berperisa
Mayonis 
Telur rebus

4 bahan tu je ciknaa guna untuk buat sandwich tu. 2 benda dalam botol tu memang dah tinggal terus kat ofis. Jadi bawak roti & telur rebus 2 bijik. telur tu pun rebus pagi-pagi sementara bersiap nak pegi keje tu. 

Macamana nak buat? oloh..senang yang amat..


Lenyek je telur rebus, dengan mayonis & tambahkan serbuk lada sulah tu.bubuh lebih sikit sebab takde garam langsung. sesedap rasa je sandwish ni haa.. kalau perut gajah macam ciknaa ni 4 keping baru kenyang. :)

Nak cuba? silakan..


pssst, ni kalau tambah sambal hitam lagi meletop kebaboom! 


===================================================================


IKLAN 

ciknaa open order sambal minggu ni yee.. last payment sabtu, sambal akan dipos minggu depan isnin.

Sambal hitam ciknaa


RM10/140 gram
RM17/ 240 gram

Postage RM7 utk 500gram ke bawah

WHATSAPP 017.952.1525 


Friday, October 28, 2016

Masak Dari Hati

Salam jumaat 😊

Ciknaa dah start cuti harini. Dah sampai kampung dah haa. Jadi nya harini gigih Bangun pagi, mood nak memasak memang semangat. Yeay 👏 untuk diri sendiri 😁

Masak ape? Simple je. Tapi berjaya buat sang suami bertambah nasik.. yehuuuu. Alhamdulillah..


Masak lemak cili api udang & belimbing buluh sebagai pelakon tambahan.


Menu kedua sambal belacan. Pedas menyengat lawan pulak dengan masak lemak udang yang ciknaa buat tu tak berapa pedas. Terus rasa macam nak telan seperiuk nasik.omg... Abislah camni.haha. 

Takpe la sesekali balik kampung kan. Diet nanti kemudian hari. Bai.



Monday, August 10, 2015

Resepi Mudah : Puding Cocktail + Kastad

Minggu lepas ofis ciknaa ada buat jamuan raya..plus jamuan untuk bos besar nak bersara awal bulan depan.. Semua order je..tapi ciknaa nak buat puding cocktail.. tapi bajet guna ofis punya, hehehe.. gigih nak buat jugak walapun Encik Sepul otstesen ke batu pahat.. pedehal..supermom yaw! :')



Bahan-bahan : (untuk hidangan 15 orang makan)

4 tin susu cair * ciknaa suka ideal-lemak berkrim! :)
3 tin buah dalam tin
tepung kastard (brand bird kastard)
esen vanilla (takde pun takpe)
susu pekat
gula
air


Puding kastard :

5 cawan air dimasak dengan 1 cawan tepung kastard..2 sudu susu pekat manis & 2 sudu gula pasir..pastikan dikacau dulu sebelum masak..masak dengan api yang kecil sampai meletup *kacau sentiasa*, tutup api dan masukkan dalam bekas, sejukkan..


Kuah puding :

4 tin susu cair dimasak dengan 1 tin air. tambahkan dengan 2 sudu tepung kastard & setengah tin susu pekat manis..tambah 2 sudu kecil esen vanilla..masak sampai mendidih, sejukkan.


Buah dalam tin tu asingkan dan buang airnya.. masukkan dalam kuah puding, tambah puding kastard yang dah sejuk.. fulamak makan sejuk-sejuk, nyaman tekak.. 


p/s: nak buatnya senang je, nak abiskan lagi senang..tapi penyakit M tu selalu yang buat segalanya tak menjadi.. hahahaha..

Friday, June 19, 2015

Cerita Puasa Pertama

alhamdulillah selesai sudah puasa pertama semalam..bulan puasa ni ciknaa balik awal sejam dari biasa.. pukul 4.30 keluar ofis, ambik double RM kat nursery, sampai rumah dalam pukul 5 lebih.. kira awal la tu..sebab selalunya kalau tak pukul6 setengah, memang tak balik lagi..encik sepul pun balik awal sepanjang bulan puasa ni..jadinya, dia la yang akan handle bebudak.. ciknaa balik rumah je terus bersilat kat dapur.. terus terang la cakap kalau masuk dapur ciknaa memang jenis slow sikit..huhu..


berbuka semalam ciknaa buat udang masak lemak cili api je.. pastu goreng sayur sikit, add on sambal hitam.. alhamdulillah kenyang & puas makan..sebenarnya masak sendiri lagi sedap.. * sedap ke* kepuasan tu yang penting..walaupun cuma makan nasi dengan telur + kicap..kan?



udang masak lemak cili api versi extra pedas mengikut permintaan si suami..wah gituu..tapi memang pedas sikit ciknaa buat semalam..

Thursday, June 18, 2015

sahur pertama : sambal kentang & bilis



maaf untuk ramadhan pertama ciknaa dah post entry makanan.. sharing is caring..huhu.. alhamdulillah pagi tadi berjaya bangun & masak menu ringkas untuk sahur.. sambal kentang campur ikan bilis..sambal tu buat kering-kering.. emph! macam bukan sahur kekdahnya..kami laki bini abiskan seperiuk nasi..walawehh..acaner nak berdiet camni..

tak susah pun sebab ciknaa dah siapkan stock lada kering yang dah siap blend. stock bawang pun ada.. masuk dapur tinggal tumis aje.. ikan bilis memang dah siap kopek awal-awal lagi.. tapi betullah orang cakap, menu simple camni la yang buat kite selera.. dan kitorang baru perasan, selera kami suami isteri yang sama suka makan lauk kering camni..macam pekasam daging..takde kuah.. *4 tahun kawen baru sedor* kahkahkah..


--------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------


RM9/120 gram
 whatsapp : 017.952.1525

Thursday, June 5, 2014

resepi aiskrim goreng



resepi 100% dari mak ciknaa..
ntah dari mana dia cedok resepi ni tak tau ler..
tapi memang dia suka buat bagi adik-adik makan..
selalu aiskrim fav dia cuma vanilla je..
hari tu kawan-kawan ada tanya..
kebetulan mak ada datang minggu lepas..
so, hari ni ciknaa share..
simple sangat pun..
tapi serius ciknaa memang tak tau buat pun..
haritu mak tunjuk baru tau..
kalau ikutkan mak, dia suruh bekukan dulu sebelum goreng..
baru roti tu jadi garing..
aiskrim pun still beku bila dah goreng..
mak cakap goreng api kecik je..
jangan lama-lama sangat..
ok..tu aje nak share..
lepas ni entry masak banyak sikit dalam blog..
nak puasa katanya.. hehe..babai ~ :)

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Mudah : Daging Masak Black Pepper



lauk feberet ciknaa & suami.. rasa nya ni jela kot satu-satunya lauk yang kitorang sama2 suka..jarang buat, ntah kenapa sebab daging dah naik rege kot.. tehihi ;)semalam puasa ke 14 baru la Incik Epul tu sibuk belikan daging, nak mkn black pepper katanyer..jom la kita buat untuk suami tercinta.. kang kempunan pulak baby dalam perut beliau :P



daging black pepper untuk 2 orang :

  1. daging yang dipotong nipis.
  2. kacang panjang/ kacang boncis.
  3. sebiji tomato.
  4. sekeping asam gelugur.
  5. sebijik bawang besar yang dihiris kasar.
  6. sos black pepper dalam botol (ciknaa pakai nona punya)
  7. secubit lada hitam yang ditumbuk kasar.
  8. 2 sudu besar kicap manis.
  9. sebijik bawang besar.
  10. 5 biji cili padi. 
  11. 3 ulas bawang putih.
  12. secubit garam, 2 sudu gula, bahan perasa.


jom la kita masak campak-campak versi ciknaa okeh..

  • tumbuk 3 bahan yang kaler merah tu..
  • tumis dengan minyak sampai naik bau..
  • masukkan daging.. ciknaa tak rebus dulu daging tu, jadi tambah 3 kali air untuk bagi daging lembut..masukkan asam gelugur, kicap, sos black pepper.
  • secubit garam, gula & penambah perisa.
  • masukkan tomato, kacang boncis / kacang panjang, bawang yang dihiris kasar.
  • last sekali taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar tu..




p/s: lauk ni berjaya buat hati ku berbunga-bunga.. sebab suami cakap dalam 2 minggu puasa, ni la lauk paling best! ewahhh.. tersengeh-sengeh ciknaa sambil kenyit-kenyit mata menahan malu.. ahakssss! gedik gittew :))


Monday, July 22, 2013

kuih melaka kukus



ni buah melaka kukus..
puasa kali ni teringin sangat nak makan..
selalu bila balik pahang, ciknaa akan mintak mak buatkan..
menu wajib dalam bulan puasa..
kuih ni arwah wan ( nenek) ciknaa yang buat..
sekali dia buat mau 5,6 pinggan.. & sepinggan tu ada lebih dari sepuluh bijik!
anak cucu ramai nak makan oi..
bila tengok rara buat, ciknaa terpikir nak buat sendiri..
gigih jugak nak buat walaupun takde periuk kukus..
sudahnya pakai je kuali, letak air, sendal cawan besi kecik, letak pinggan, letak penutup periuk..
alhamdulillah berfungsi sama macam periuk kukus..




kalau tanye pasal resepi, ciknaa memang takde resepi..
ciknaa main hentam je lelebih kurang macam rara buat..
beza nya rara punye melaka kukus dalam nya inti gula melaka,
ciknaa punya kelapa + gula melaka..
weekend ritu buat pun main agak-agak je sebab baca resepi rara sekali imbas..
errr, 1st time buat buah melaka kukus ciknaa agak liat sikit.. inti kurang manis & kuah agak masin.
adat la buat main ikut citarasa aje.. takde resepi kat tangan gini la..
kalau nak try, sila terjah buah melaka kukus versi rara :)




p/s: macam biasa, sendiri buat sendiri makan.. haih ape la nasib laki yang tak same tekak ngan kite nih :(

Wednesday, July 17, 2013

resepi sambal hitam





sambal hitam ni asalnya dari pahang..tapi tak semua orang pahang tau & pernah rasa.. selalu sambal ni ada kat area jerantut, jengka, kuala lipis & temerloh.. lawan dia sure la tempoyak ikan patin.. slurrrrrp! rasa macam nak balik kampung sekarang jugak! hehe.



jom la ciknaa perkenalkan sambal hitam ni di mata dunia :)) keenakan yang tiada lawan nya.. chewah! kenapa nama dia sambal hitam? dah kaler nye pun hitam.. sambal ni simple aje.. agak senang nak buat, tapi mesti ada belimbing buluh yang direbus sampai hitam.. ciknaa pernah tengok sekali je nenek rebus belimbing tu kat kampung.. lama jugak la nak bagi dia kering & hitam..



ni belimbing buluh yer..



ni la rupa belimbing hitam tu.. ikan bilis itu wajib ada oke..


bahan untuk buat sambal hitam :


* 7 biji cili padi
* 2 biji bawang besar (lagi sedap kalau pakai bawang merah tu)
* 3 ulas bawang putih
* belimbing rebus 
* minyak untuk menumis
* garam & perasa












tumbuk je semua bahan-bahan tu macam buat sambal biasa.. last sekali baru ikan bilis & belimbing hitam.. sambal ni sedap kalau tumbuk guna lesung batu.nak blend boleh jugak, tapi hancur.. tak best. lepas tu goreng je dalam minyak sikit sampai betul-betul garing & kering.. lagi lama lagi bagus.sambal ni boleh tahan berminggu-minggu kalau betul cara masaknya..



lauk ni memang la jadi penaik selera bila time sahur.. makan dgn nasi panas je cukup dah buat ciknaa berpinggan makan.. hoho. kalau tanya ape rasa nye sambal ni.. pedas, masin, masam gitu.. akak kat ofis pernah beli dengan ciknaa dulu. dia tak reti buat sambal dihentam nye makan gitu je macam makan jeruk.. hahaha..



p/s: tahun lepas semangat suruh mak buat banyak-banyak sambal ni konon nak buat stok makan dalam pantang. tapi baru ku tahu, belimbing buluh ni tajam oii.. karang tumpah darah pulak.. wuhu! tapi bagus jugak, karang selera sangat makan dalam pantang gemok lagi la jawab nye :P

Wednesday, June 5, 2013

puding cocktail berjagung

ini la air tangan sempena anniversary ciknaa & suami semalam..







eh lebih kepada tekak sendiri kot.. sebabnye suami ciknaa tak suke makan puding ni.. manis katenyer.. hoh! sume yg kite suke dia tak suke.. kite suke cheesecake, dia suka kek coklat..kite suke tempoyak, dia suke asam pedas..kite suke kepak & peha ayam, dia suka dada & isi ayam.. ape ke pelik sangat laki aku nih.. sume nye tak same.. eh lari tajuk dah.


yang kelakar nye dia call cakap nak balik keje lambat.dah dekat kul8 baru sampai umah..ciknaa dah siap masak sume dah, dia balik peluk dari belakang gitu..[sila jangan bayangkan sebab perutku moncit!] :))  ciknaa sengeh je pastu tertengok-tengok kiri kanan kot la ada munge ke, kek ke, hadiah baju tidur ke, muahahaha.. hampeh! balik tangan kosong jek.. ciknaa tak kisah pun, siap gelak-gelak tanye dia.. haih, abang tak beli pape ke untuk saye? boleh dia sengeh dengan muka yang jujur dia cakap 'sebenarnye abang balik awal arini.puas pusing cari kedai kat area gombak ni takde pun jual bunga..bunga plestik ada la.. kedai kek pun takde' hahahahaa.. guling-guling ciknaa gelakkan dia.. memang tak ku heran dah.. memang malas nak mengharap pape, asal dia ingat yang semalam 4hb sudah.. dah cukup buat daku bahagia yuolsss..



nak resepi ke? simple sangat ni.. share jela walaupun tak bape menarik.. hoho.


* 2 tin susu cair ideal
* 1 tin jagung [krim punya]
* 1 sudu esen vanila
* 2 helai daun pandan [takde pun takpe]
* 1 tin fruit cocktail [tos air buah & asingkan]



Bahan untuk Puding kastard: [masak]
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir


*** masak dengan api yang kecik jangan sampai hangit..


p/s: ciknaa makan sorang je malam tadi.. lebih bawak pegi ofis, kejap je abis.. huhu.

Thursday, March 28, 2013

Resepi mudah masak asam pedas ikan merah




semenjak suami dah tinggal sebumbung ni tanggungjawab ciknaa dah bertambah.. ewah! orang lain dah lame pun.. kite ni baru la nak belajar jadi 'isteri' sepenuh masa.. tak terkejar yuolss.. nasib minggu cuti sekolah ni afiq duduk dengan nenek dia kat kampung... so, dapat la curik mase sikit nak kasi suami makan air tangan sendiri..



suami ciknaa orang johor..ciknaa pulak pahang.. so citarasa memang agak berbeza..senang cerita, asam pedas vs tempoyak lah jawabnye.. dulu ciknaa tak suke asam pedas ni..tapi bila dah kawen, nak tak nak kene belajar makan.. dah kalau itu je lauk yang MIL masak, ada berani nak goreng telur pulak semata-mata sebab tak makan asam pedas? lame-lame ciknaa sedar, sedap rupenye asam pedas ni..
berkali-kali belajar buat, tapi tak jugak jadi.. semalam try tanye kat gojes mommy group, sifu terer masak ramai yang bagi tips & petua.. time kasih daun keladi la yuolss.. menjadi akhirnya..



ciknaa share cane nak buat asam pedas versi ciknaa yang baru belajor ni yer..resepi ni ciknaa dapat dari Nana & blog Shazana..pastu try buat olahan sendiri mengikut citarasaku.. hehe.






Bahan-bahan :

blend A
* lada kering 15 tangkai yang direbus

blend B
*5ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
* 2cm kunyit hidup
* 2cm halia
* setengah cawan air


* 3 keping ikan merah
* serai
* bunga kantan
* tomato
* kacang bendi
* segenggam daun kesum
* 3cubit asam jawa + air
* garam/gula/bahan perasa


Step memasak :

~ panaskan minyak.. tumis bahan blend B sampai garing.. [tips ciknaa dapat lagi lame lagi sedap & pekat]
 ~  masukkan bahan blend A sampai pecah minyak. [serius ciknaa memang amik masa lame untuk tumis ni.. sebab nak bagi betul-betul masak..]
~ tuang air asam jawa.. [tips: bancuh pekat-pekat & buang biji & hampas asam jawa tu]
~ garam/gula/ bahan perasa secukup rasa.
~ dah mendidih, masukkan bunga kantan, daun kesum, serai, kacang bendi, ikan & last sekali tomato.. [tips: ikan akhir sekali untuk mengelak ikan hancur bila lama atas dapur]


ada yang cakap asam pedas ni elok dimasak 3-4 jam sebelum dihidangkan. sebab rasa dia akan sempurna gittew.. tapi bila panaskan banyak kali sure kuah dia akan jadi pekat kan? hehe.



malam tadi suami ciknaa teruja untuk balik makan..sebab dah masuk 2 minggu dia tak makan masakan johor.. kesian. paling membahagiakan isteri dia ni haa, dia balik keje basuh tangan & muka, terus makan.. tak sempat mandi dulu dah.. hadap je makanan, terus rase asam pedas tu dulu.. lepas makan, dia cakap .....'sedap! lepas ni buat lagi.. dengan resepi yang same ok..jangan tukar menu..nanti rasa dah jadi lain'.... sambil cium pipi ciknaa..  yahuuuuu! hati berbunga-bunga sampai ke hari ni.. kahkahkah.. over mak! :))



muke kitorang same tak? huhu.. 
nengok la sayang sangat negeri dia sampai baju pun johor oke!



p/s: time kasih kat afiq sebab dia bagi can mama & papa merasa macam pengantin baru sepanjang dia kat kampung sekarang ni.. ciknaa tak sabor dah nak balik esok jumpe my hero kecik tu.. macam-macam akal dah kater neneknye.. miss u boy :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016