GOOGLE Adsense

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, August 8, 2018

Resepi : Kek Batik Yang Lembut Dan Mudah

Kek batik lagi.






Sebenarnya ramai suka kek batik ni kan? Tapi dalam ramai tu, tak semua yang pandai buat. Dulu ciknaa pun sama. Tapi jenis tak reti putus asa, ciknaa akan buat sampai betul-betul jumpe rasa sedap tu.. Ciknaa share lagi macamana nak buat kek batik jadi lembut dan sedap. Tak terlalu manis..

Bahan-bahan :

(lebih kurang untuk buat 1 bekas kek batik bersaiz 8x4)

40 keping biskut marie
5 sudu butter ( ciknaa pakai buttercup)
2 cawan milo
setengah cawan susu pekat manis
1 cawan air
2 sudu serbuk koko



Step buat kek batik lembut dan sedap :

1. Cairkan butter ke dalam kuali. Tutup api lepas butter cair.
2. Masukkan susu pekat, milo, serbuk koko dan air.
3. Kacau hingga betul-betul sebati.
4. Panaskan kuali semula.
5. Bila semua dah menggelegak dan pekat, masukkan biskut dan gaul lebih kurang seminit.
6. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.
7. Masukkan ke dalam bekas dan mampatkan biskut..
8. Simpan dalam peti sejuk.

p/s: Ikut step betul-betul inshaaAllah kek batik elok je lembut.. selamat mencuba!

ciknaa jual kek batik macam dalam gambar ni. RM3 sebekas. awak akan rasa puas bila makan.. berbaloi!

Tuesday, July 31, 2018

Resepi donat paling mudah, sedap dan gebu (sukatan cawan)

Sebab 1st time buat donat dan ianya menjadi. Ciknaa share la sikit resepi donat paling mudah tanpa uli. Hasilnya gebu dan sedap!


Bahan A :
Sepakat yis
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
(campurkan semua dan biarkan 5minit)


Sementara tu sediakan
Bahan B :
4 cawan tepung gandung
3 sudu margerin (ciknaa pakai buttercup)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Gaul semua bahan B sampai jadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit demi sedikit Bahan A tadi. Sampai jadi doh.


Tutup bekas menggunakan plastik @ kain basah.. Dan biarkan doh selama 30 minit. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin dan bolehlah bentukkan donat..







Goreng dalam api kecik dan balik-balikkan sampai masak. Angkat.biarkan sedikit sejuk dan gaulkan dalam gula kastor. Siap!

P/s: ciknaa simpan doh dalam peti sejuk semalam. Esok ulang step tumbuk2 doh dan pagi ni goreng. Elok kejadian..


Thursday, September 7, 2017

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Paling Senang


Tudiaaaaa kek pandai cheese leleh ciknaa. nampak sedap? memang sedap! tapi takyah la puji beriye sangat sebab kek ni ciknaa buat pakai tepung kek instant aje.. itu pun nak melayan anak-anak cuti raya haji minggu lepas. alang-alang tu kita share kat blog, kot tahun depan nak buat lagi bila tengok post ni.


Ciknaa beli tepung kek pandan macam dalam gambar ni.. Serius lupa harga dia tapi bawah RM12 ringgit. Boleh bakar dan kukus, tapi disebabkan pemalas nak keluarkan over umah MIL, ciknaa pilih kukus. lagipun nak moist, kukus is better..

Kenapa ciknaa kata paling senang? sebabnya bila guna tepung kek ni cuma perlu TAMBAH 3 BIJI TELUR, AIR & MINYAK. lepas tu kukus selama 45 minit. Anak-anak suka sebab ciknaa bagi dorang masukkan tepung tu, pecahkan telur. pastu pukul pakai mixer..lagi lah dorang suka..


Lepas siap kukus, sejukkan sekejap dan buat CHEESE LELEH tu pulak.

sepaket cream cheese TATURA
susu pekat manis 1/4 tin ( memang kurang manis)
air 1/4 cawan

*blend atau putar je pakai mixer tu sampai agak-agak nak kembang.

Tuang atas kek, parut CHEESE CHEDDAR..kalau perasan hodoh gila sebab takde pemarut, ku pakai pisau aje.. kahkahkah.. lantaklah janji tabur atas kek..






Kek ni habis dalam masa 12 jam sahaja. yela, 3 buah rumah ciknaa bagi, alhamdulillah orang suka. cuma instant ni agak manis sikit. kalau ciknaa buat sendiri maybe boleh kurangkan lagi manis tu..lagi sedap!

Tepung instant, telur, (minyak masak dan air takyah kira la memang benda wajib ada kat rumah) cream cheese, cheddar cheese dan susu harga lebih kurang RM33 sahaja. jimat kan? tak susah pun nak buat tapi sakit M tu kena sorok sekejap 😄


sekian bersiaran #daridapurciknaa

Tuesday, May 30, 2017

#daridapurciknaa : Resepi Mudah Puding Roti Bakar Sos Kastard

Alhamdulillah..Tahun ni sekali lagi kita semua dipertemukan dengan bulan penuh barakah.. syukur nikmat.. Jadi cemana puasa korang? ok? ada yang dah raya dulu? huhu.. ciknaa masih lagi penuh setakat ini. Harini ciknaa saje nak share sikit menu-menu yang mudah lagi sedap untuk juadah pencuci mulut berbuka puasa..



Puding Roti dengan Sos Kastard

***************************

Bahan untuk puding roti: 

Roti Sandwich ( 10 keping)
Chocolate Chip / kismis ( segenggam)
Telur 2 biji
Susu Cair 1 Tin
1 s/k esen vanila
Gula 2 sudu
Marjerin untuk sapuan pada roti


**************************

Kuah @ Sos Kastard:

1 tin susu cair
2 sudu gula
2 sudu tepung kastard 



Step memasak adalah : 

1. Sapu marjerin pada roti. ciknaa sapu 1 bahagian je. lepas tu potong bahagi kepada 6 bahagian dan susun dalam bekas. 
2. Tabur chocolate chip atau kismis. 
3. Dalam bekas yang lain, campurkan susu cair, gula, esen vanilla dan telur. kacau sedikit, dan tuang ke atas susunan roti tadi.
4. Panaskan oven, bakar dengan suhu 180'c selama 45 minit 3



Sos kastard 

1. Masukkan kesemua bahan susu cair, gula dan tepung kastard. Masak dengan api kecil sehingga mendidih dengan dan sejukkan..


Sejukkan puding roti dan tuangkan sos kastard dan sedia dingapppp! kalau sos kastard tu sejuk lagi la nikmat..

selamat mencuba :)




Tuesday, February 7, 2017

Resepi Cucur Jagung

Ciknaa tak pernah makan cucur jagung ni. Tapi banyak kali ternampak dalam blog. Nampak sangat sedap, terliur tapi tak buat buat.. Sampai la ahad lepas Mr.PapaRM bawak balik jagung selonggok. Nak rebus semua sah-sah tak abis makan.. Nak buat bubur, santan pulak takde, sebab tu ciknaa terpikir nak buat cucur jagung ni. Selain cucur, orang panggil jugak cekodok, jemput-jemput.tapi tetap benda yang sama sedap dimakan :)



Tuesday, November 15, 2016

Resepi Sandwich Telur Paling Senang



Ada masanya kita dah lalu nak makan 'beli' kan? Rasa macam tak boring dah menu sama je kat cafe. Ciknaa selalu rasa camtu. Nak-nak sekarang musim hujan, rasa taknak keluar ofis dah. Jadinya marilah kita berbekal ke tempat kerja. Tapi ciknaa tak sempat.. Banyak beno la alasan mamaRM ni kan. muahahahahaha.


Roti
Serbuk Lada Sulah/ Lada Berperisa
Mayonis 
Telur rebus

4 bahan tu je ciknaa guna untuk buat sandwich tu. 2 benda dalam botol tu memang dah tinggal terus kat ofis. Jadi bawak roti & telur rebus 2 bijik. telur tu pun rebus pagi-pagi sementara bersiap nak pegi keje tu. 

Macamana nak buat? oloh..senang yang amat..


Lenyek je telur rebus, dengan mayonis & tambahkan serbuk lada sulah tu.bubuh lebih sikit sebab takde garam langsung. sesedap rasa je sandwish ni haa.. kalau perut gajah macam ciknaa ni 4 keping baru kenyang. :)

Nak cuba? silakan..


pssst, ni kalau tambah sambal hitam lagi meletop kebaboom! 


===================================================================


IKLAN 

ciknaa open order sambal minggu ni yee.. last payment sabtu, sambal akan dipos minggu depan isnin.

Sambal hitam ciknaa


RM10/140 gram
RM17/ 240 gram

Postage RM7 utk 500gram ke bawah

WHATSAPP 017.952.1525 


Monday, August 10, 2015

Resepi Mudah : Puding Cocktail + Kastad

Minggu lepas ofis ciknaa ada buat jamuan raya..plus jamuan untuk bos besar nak bersara awal bulan depan.. Semua order je..tapi ciknaa nak buat puding cocktail.. tapi bajet guna ofis punya, hehehe.. gigih nak buat jugak walapun Encik Sepul otstesen ke batu pahat.. pedehal..supermom yaw! :')



Bahan-bahan : (untuk hidangan 15 orang makan)

4 tin susu cair * ciknaa suka ideal-lemak berkrim! :)
3 tin buah dalam tin
tepung kastard (brand bird kastard)
esen vanilla (takde pun takpe)
susu pekat
gula
air


Puding kastard :

5 cawan air dimasak dengan 1 cawan tepung kastard..2 sudu susu pekat manis & 2 sudu gula pasir..pastikan dikacau dulu sebelum masak..masak dengan api yang kecil sampai meletup *kacau sentiasa*, tutup api dan masukkan dalam bekas, sejukkan..


Kuah puding :

4 tin susu cair dimasak dengan 1 tin air. tambahkan dengan 2 sudu tepung kastard & setengah tin susu pekat manis..tambah 2 sudu kecil esen vanilla..masak sampai mendidih, sejukkan.


Buah dalam tin tu asingkan dan buang airnya.. masukkan dalam kuah puding, tambah puding kastard yang dah sejuk.. fulamak makan sejuk-sejuk, nyaman tekak.. 


p/s: nak buatnya senang je, nak abiskan lagi senang..tapi penyakit M tu selalu yang buat segalanya tak menjadi.. hahahaha..

Tuesday, July 14, 2015

Nasi Lemak Daun Pandan




Hampir seminggu ciknaa berbuka menu ringan-ringan..Semalam sebabkan terlajak tidur, sahur pun tak sempat..makanya menu berbuka ciknaa plan masak menu berat sikit.. lauk dalam peti dah abis.. jadinya nasi lemak jela..mudah & cepat..masak pukul 6, pukul 7 dah siap hidang..stock lada kering, bawang yang dah siap blend memang dah ada dalam peti..sap sap soi la masak..hihi..


resepi asal dari blog daridapurkakyah
tapi ciknaa olah sikit ikut apa yg ada kat dapur..heee..

3 cawan beras
1 kotak kecik santan M&S
6 helai daun pandan (blend dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
bawang & halia *tak masuk sebab takde stock* ngeee..
secubit garam
air ke paras sepatutnya


Sambal tu macam biasa la yer.. tumis lada kering, bawang yg diblend sampai pecah minyak.. semalam ciknaa ada tambah sesudu gula merah, garam, gula.. rgupenya lagi sedap bila letak gula merah tu.. okey, pasni wajib letak.. huhu..

 ciknaa masak lebih semalam bagi sikit kat jiran sebelah..dia demam.. Kot-kot ada selera nengok nasi lemak hijau ciknaa ni kan.. hee.. ok, petang ni last nak masak untuk berbuka..esok dah balik kampung..tak sabar nak makan air tangan mak pulak.. :)

Thursday, July 9, 2015

Resepi Mudah : Samosa Ayam & Kentang



Weekend lepas ciknaa buat samosa ni..sebenarnya dah lama nak buat, sebab suami suka sangat samosa mama dia..hoho, ciknaa ni kalau dia suka, mood nak buat memang laju..cuma sempat tak sempat jela dengan double RM tu.. barang dah beli seminggu, tapi baru sempat buat ahad baru ni..tu pun sebab buah hati yang 2 orang tu kemain lama tidur tengahari tu..so mama berkungfu kat dapur dari pukul 2 petang semata-mata menu yang satu ini..



Bahan-bahan :

  • 2 biji kentang
  • 4 ketul isi ayam
  • sebijik bawang besar
  • seulas bawang putih
  •  2 sudu serbuk kari
  • sedikit daun sup

Cara :

Tumis bawang putih & bawang besar yang ditumbuk halus.. masukkan kentang yang dipotong dadu & isi ayam.. masukkan serbuk kari, ciknaa tambah 2 cawan air untuk lembutkan kentang tu..bapak la keras weii.. last sekali garam & daun sup.. siap!

lepas tu gulung la dengan kulit popia..biasa la tangan keras ni memang bentuk apa pun tak jadi.. jadi buat jela semua bentuk.. kecik besar, memanjang, segi tiga semua ada.. sabo jela.. tapi takpe, rasa tu yang penting..encek sepul makan sambil cakap 'yang, makan samosa buat sendiri baru puas ek' taknak jugak mengaku sedap tu.. huhuhuhu..ok takpe, isterimu dah senyum bahaya dapat ayam camtu..ngeee..

p/s: bulan puasa ni 1 kuih ni jela yang sempat ciknaa buat.. orang lain kemain macam-macam kuih, bubur, segala dessert.. hebat tau korang..

Wednesday, July 1, 2015

Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis



Semalam ciknaa ada post gambar sambal ni kat IG dan facebook..punya la ramai yang terliur dan mintak resepi..siap mintak suruh jual & pos lagi..eheee..maaf la korang, takde niat pun nak buat orang terliur.. lagipun menu ni simple aje.. ciknaa dah lama tak makan..kebetulan asben kata dia tak balik berbuka kat umah, so ciknaa plan masak menu pahang..(dia kurang sikit tempoyak ni)


Simple sangat nak masak sambal tempoyak bilis ni.. 

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan bilis - segenggam
  • cili padi - ikut kepedasan sendiri
  • bawang besar/merah
  • tempoyak
  • garam 

Tumis cili & bawang yang ditumbuk.. masukkan ikan bilis.. masukkan tempoyak yang sudah dibancuh dengan sedikit air, disebabkan ciknaa takde stock kunyit, maka serbuk kunyit je digunakan untuk bagi cantik sikit warna sambal ni.. last sekali masukkan garam & perasa kalau nak..siap! senang kan? nak best lagi letak petai.tapi ciknaa tak makan petai..sambal tempoyak ikan bilis semata-mata jelah..tapi ya ampun..nikmat sungguh makan dengan nasi panas..berbuka sampai sahur semalam, ni jela lauk ciknaa..kalau ada ikan patin goreng lagi meletop kebaaboom ni.. eheeee.. 


sekian entry tulus dari dapur ciknaa..anak jati pahang, tempoyak ni memang darah daging kite.. huhu.. ok selamat mencuba :)

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Mudah : Daging Masak Black Pepper



lauk feberet ciknaa & suami.. rasa nya ni jela kot satu-satunya lauk yang kitorang sama2 suka..jarang buat, ntah kenapa sebab daging dah naik rege kot.. tehihi ;)semalam puasa ke 14 baru la Incik Epul tu sibuk belikan daging, nak mkn black pepper katanyer..jom la kita buat untuk suami tercinta.. kang kempunan pulak baby dalam perut beliau :P



daging black pepper untuk 2 orang :

  1. daging yang dipotong nipis.
  2. kacang panjang/ kacang boncis.
  3. sebiji tomato.
  4. sekeping asam gelugur.
  5. sebijik bawang besar yang dihiris kasar.
  6. sos black pepper dalam botol (ciknaa pakai nona punya)
  7. secubit lada hitam yang ditumbuk kasar.
  8. 2 sudu besar kicap manis.
  9. sebijik bawang besar.
  10. 5 biji cili padi. 
  11. 3 ulas bawang putih.
  12. secubit garam, 2 sudu gula, bahan perasa.


jom la kita masak campak-campak versi ciknaa okeh..

  • tumbuk 3 bahan yang kaler merah tu..
  • tumis dengan minyak sampai naik bau..
  • masukkan daging.. ciknaa tak rebus dulu daging tu, jadi tambah 3 kali air untuk bagi daging lembut..masukkan asam gelugur, kicap, sos black pepper.
  • secubit garam, gula & penambah perisa.
  • masukkan tomato, kacang boncis / kacang panjang, bawang yang dihiris kasar.
  • last sekali taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar tu..




p/s: lauk ni berjaya buat hati ku berbunga-bunga.. sebab suami cakap dalam 2 minggu puasa, ni la lauk paling best! ewahhh.. tersengeh-sengeh ciknaa sambil kenyit-kenyit mata menahan malu.. ahakssss! gedik gittew :))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016